Sekapur Sirih

 

    "Kemahiran Belajar adalah sememangnya bidang Osman kerana beliau juga dahulu seorang pelajar yang sangat cemerlang. Tetapi yang lebih penting ialah, kebolehan beliau untuk mengajar dan memotivasikan pelajar di dalam suasana yang ceria dan menyeronokkan adalah sangat mengkagumkan!

    Pelajar dapat memahami beliau dengan mudah dan sesi beliau sentiasa menyeronokkan, penuh dengan maklumat berguna dan disampaikan dengan cara yang sangat unik! Saya sangat mengesyorkan beliau. ”

 

Dr. Irfan Khairi
Jutawan Muda Malaysia
Penulis buku,”Rahsia Jutawan-jutawan Internet Terbongkar”

 

 

 

“Osman telah mengadakan beberapa program motivasi dan bengkel kemahiran belajar untuk SLEU sejak awal tahun 2005. Beliau telah berjaya mendapat maklum balas yang baik daripada pelajar setiap kali beliau menjalankan sesi beliau.

Semangat beliau untuk menjalankan sesi yang baik dapat dilihat melalui persediaan beliau dalam menyediakan bahan dan persembahan yang menyeronokkan. Beliau adalah sangat professional dalam menyampaikan ceramah beliau.”

 

Asst. Professor Dr. Norazian Md Nor
Lecturer/ Head for Student Learning Enhancement
Unit (SLEU) International Islamic University, Gombak

“Osman mampu mengawal peserta program beliau dengan mudah, bukan sahaja melalui personaliti beliau yang mesra malah melalui isi kandungan program beliau. Sesi yang dikendalikan oleh beliau adalah sentiasa menyeronokkan dan interaktif.”

 

Mohd Rizal Hassan
Learning Facilitator / Coach
Take Charge! Sdn Bhd.

 

“Osman adalah seorang pelatih/penceramah yang bersemangat, berkemampuan dan memahami keperluan peserta. Sesi program beliau adalah sentiasa dirancang dengan rapi dan teratur dan beliau sangat bijak membuat sebarang perubahan yang diperlukan.”

 

Salim Maldern
Professional Trainer, Consultant for SLEU
International Islamic University, Gombak

 

"Osman Affan adalah seorang anak muda yang dinamik. Saya sangat berpuas hati dengan program ini kerana beliau menggalakkan peserta 'to think out of the box'. Cara penyampaian program beliau juga amat menarik di mana peserta merasa selesa untuk turut sama aktif memberikan pendapat dan maklum balas".

 

Mejar Khidzri B. Haji Ahmad (TUDM)
Markas Tentera Udara Diraja Malaysia

 

Cara En. Osman Affan mengendalikan peserta dan cara beliau menyampaikan mesej adalah sangat menarik. Beliau mampu mengekalkan semangat dan keseronokan yang tinggi dikalangan peserta disepanjang sesi beliau.

 

En. Nor Ikhsan Ismail
Wakil Pusat Latihan Jabatan Sumber Manusia
Utusan Melayu (Malaysia) Berhad

 

 

"Selain daripada isi kursus yang mudah difahami, padat dan ringkas, cara penyampaian yang digunakan oleh Osman mampu memberikan kefahaman kepada para peserta mengenai isi pelajaran bengkel. Sesi bengkel yang interaktif dengan aktiviti berkumpulan dan komunikasi dua hala di antara beliau dan peserta, membuatkan bengkel ini tidak begitu serius dan tidak membosankan."

 

Mohd Zulfadli Bin Suddin (SmartZul)
Usahawan Internet Malaysia

 

 

Cara En Osman Affan menyampaikan program beliau membuat isi kandungan program tersebut kelihatan mudah dan boleh difahami dengan cepat. Program beliau juga bersifat interaktif di mana beliau sentiasa memberi maklum balas kepada peserta. Anda tidak akan bosan dalam program beliau!

 

En. Rusli Hashim
Mamee's Vice President of International Sales & Marketing

 

"En. Osman Affan menjalankan program ini dengan begitu interaktif sekali. Saya sangat berpuas hati kerana para pelajar dapat memahami mesej yang cuba disampaikan oleh program ini."

 

En. Suhaili Sarif
Pensyarah / Penasihat Program Usahawan Kreatif
Jabatan Syariah & Pengurusan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

 

"Program En. Osman sangat ringkas dan padat. Beliau menerangkan teknik mencipta peluang perniagaan menerusi tiga langkah sahaja. Saya percaya peserta dapat banyak manfaat daripada program ini (Usahawan Kreatif, Universiti Malaya). "

 

En. Kamaruzaman Noordin
Pensyarah / Penasihat Program Usahawan Kreatif
Jabatan Syariah & Pengurusan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

 

"Ini kali kedua saya melihat program yang dikendalikan oleh En. Osman. Program beliau sentiasa kelihatan ringkas dan sangat mudah difahami. (Usahawan Kreatif, Universiti Malaya). "

 

En. Mohd Abd. Wahab Fatoni Mohd Balwi
Pensyarah / Penasihat Program Usahawan Kreatif
Jabatan Syariah & Pengurusan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

 

Testimoni Pelajar UKM untuk program "Kenali Potensi Diri" oleh Osman Affan

Saya adalah salah seorang peserta yang hadir mendengar bicara tuan. saya kagum sebenarnya dengan cara penyampaian isi ceramah motivasi tadi. sebelum ini saya adalah seorang pelajar yang berada di ipt hanya untuk menghabiskan masa…saya tiada matlamat, tiada cita-cita. hadir ke simposium kerjaya itu juga sekadar mengikut kawan.

Namun syukurlah kerana saya berpeluang mendengar input yang begitu merasangkan saya untuk sedar dari tidur. sekarang saya tahu hidup saya bukan hanya untuk hari ini. terima kasih tak terhingga kepada pihak tuan dan syukur atas pemahaman yang diberikan olehNya kepada semua. merci.

~Alars, UKM~

 

 

 

Assalammualaikum…pertama sekali ribuan tahniah kepada en. osman affan yang telah berjaya memberi ceramah motivasi yang boleh saya katakan teramat bagus.(saya kasi 10 bntg!!!) rugi rasanya bg pelajar2 ukm yang tidak dapat mendegar ceramah beliau..saya adalah salah seorang peserta simposium kerjaya yang berlangsung di ukm bangi tersebut.

Saya berasa cukup bertuah kerana dpt menghadiri ceramah motivasi beliau krn byk tips yang saya perolehi lbh2 lagi mengenai potensi diri dan penetapan matlamat.selepas ceramah tersebut baru saya sedar yang saya kini mempunyai byk perancangan dan matlamat..namun walaupun saya mempunyai byk matlamat,kdg2 saya lupa dan lalai serta tiada usaha ke arah mencapai matlamat tersebut.


Saya akui selepas menjejak kaki ke universiti saya kini kehilangan matlamat dan terapung2 di awangan.ini kerana sewaktu sekolah dahulu matlamat saya ingin melanjutkan pelajaran ke uiversiti.apabila matlamat ini tercapai, saya seolah2 tiada arah tujuan. Mungkin disebabkan itu, spirit untuk saya belajar kian hilang.namun apabila saya mendengar dgn khusyuknya ceramah saudara osman affan, mula saya sedar…perjalanan saya masih jauh dan banyak matlamat yang saya ingiin capai.saya mula memilirkan apa yang akan berlaku pada saya 10 tahun akan datang?? berbagai2 andaian yang saya gambarkan.pada saat itu saya mula sedar dan merancang apa yang perlu saya lakukan..

Sekalung terima kasih saya ucapkan kerana ceramah saudara telah menyedarkan saya.rata2 ceramah saudara juga turut dipuji oleh kawan2 saya yang lain…diharap saya berpeluang lagi mendengar ceramah saudara…. kerana lumrah manusia cepat lupa..dgn adanya semangat dan motivasi dari saudara pasti semangat untuk mencapai matlamat itu semakin memuncak

Teruskan usaha saudara bagi menyedarkan lebih ramai lagi di luar sana ttg matlamat dan potensi diri yg mereka yg sebenar….sekian wasalam.

~Awek Shin Chan, UKM~

Saya salah seorang sekretariat bagi Simposium Kerjaya UKM 2007. Rasa seronok sangat dengar ceramah encik ttg kenali potensi diri. kami rasa sangat berbangga dapat membantu para mahasiswa yang menyertai program ini melalui pengisian yang cuba kami terapkan.

Sbb kami sedar, most student actually ada kekuatan masing2 tp sgt2 rugi kerana x sedar dan mengoptimumkan kelebihan mereka. terima kasih pd encik n semoga kita boleh bekerjasama lagi satu masa nanti!! fight~to~oh!!hehe

~Awien, UKM~

 

 

 

 

 

Assalamualaikum….
mmm, dah bbrp minggu Simposium Kerjaya UKM 2007 berlalu… namun intipati simposium ini masih terngiang-ngiang di telinga saya dan tersirap di jiwa saya…pendek kata, berkesan la….x-speseli bab en. osman affan dalam ‘kenali potensi diri’….very2 interesting, fanstatik….n bleh dikatakan bombastik….

Even though masa mencemburui dan mengejar dalam acara itu, namun saya sebagai salah sorang peserta, berasa dapat mencungkil sebahagian bakat diri saya dan dapat menetapkan matlamat saya yang sebelum ini masih terumbang ambing….isi kursus encik itu akan saya gunakan dan kongsikan bersama kekawan saya untuk mengembalikan semangat diri masing-masing…..


Terima kasih kerana menghadirkan diri di kala kami dalam proses mengenali diri…

~Kam_mal-lyan, UKM~

Assalammualaikum..


Slot mengenali potensi diri adalah slot plg best dalam program simposium kerjaya hari tu..rasa msa pnts jer b’lalu masa slot tersebut.slps slot tu saya mengharapkan slot berikutnya best mcm slot ni tp..harapan xkesampaian:(

...Tahniah dan terima kasih kpd osmanaffan krna berjaya membawa slot itu menjadi slot yg plg best dan meninggalkan kesan positif serta semangat kpd kami..

~Hidayah Daud, UKM~

 

Testimoni Peserta daripada IKM Besut untuk program "Pembangunan Organisasi & Pemantapan Modal Insan " oleh Osman Affan

Program bersama En. Osman Affan amat menarik. Intipati yang disampaikan ringkas dan padat. Modul yang disediakan dapat dijadikan panduan dan ianya dapat diterapkan dalam diri dan organisasi kelak.~ Cik Norhaszuani Mohd Nasir~

.....kandungan intipati kursus sangat memenuhi kehendak saya dan organisasi ~ En. Azman Long~

Bagus dan jelas. Penyampaian yang jelas dan suasana tidak mengantuk. ~ Mohamad Ali Hassan~

En. Osman Affan mempunyai kebolehan untuk menyelesaikan masalah tanpa menyakitkan hati dan perasaan orang lain ~ En. Bikri Muhammad Yusof~

Ikutilah program En. Osman Affan kerana ilmu yang dapat dipelajari dan pendekatan beliau berlainan dengan lain-lain penceramah. ~ En. Ismail Hachil~

Menarik, bermaklumat, bermatlamat, hidup dan penuh ceria. ~ Che Aziz Che Soh~

Terima kasih. Banyak ilmu baru yang saya terima daripada program ini. ~ Cik Noor Fadzilah Mohamed Salleh~

Untuk merasai pengalaman sesi kursus yang berharga, jemput En. Osman Affan kerana anda akan rasakan perbezaannya selepas sesi kursus itu. ~ Cik Maimunah Mohd Nordin~

Hari Raya bermaaf-maafan, Pergi ke Langkawi melalui Jeti, Sesi bersama En Osman Bin Affan, Banyak ilmu yang dapat diperolehi.... ~ Cik Norzilawati Yusuf~

Untuk membaca lebih lanjut mengenai program ini, sila klik disini.

 

Testimoni Peserta daripada KKTM Pasir Mas Kelantan untuk program "Pembangunan Organisasi & Pemantapan Modal Insan " oleh Osman Affan

En Osman fasilitator yang 'pleasant'. Penyampaian beliau berkesan dan banyak ilmu baru dapat ditimba bersama sesi beliau. Semoga maju jaya.~ Cik Nasirah Bt.Megat Halim~

Aktiviti yang dijalankan begitu 'enjoyable' dan penuh dengan isi yang padat. Rasa keyakinan dan kuasa minda yang dipelajari dapat dipraktikkan dalam kehidupan harian ~ En. Azrul Erdy B. Zakaria~

Program ini menyerlahkan perkara yang mungkin kita sudah lakukan tetapi tidak menyedari dan menggunakan teknik yang betul seperti 'Law of attraction'. Program ini juga menambahkan keyakinan diri saya untuk lebih bersemangat mencapai matlamat hidup saya, Insyaallah. ~ Cik Shuhaila Bt. Sulaiman~

Program ini sangat berkesan dalam membina keyakinan diri serta perkembangan diri. Ia juga amat sesuai dan berkesan dalam pembentukan staf atau pekerja yang cemerlang dan berdedikasi ~ Cik Nor Afidah Bt. Jusoh~

Berpuas hati dan seronok dengan program bersama En Osman Affan. ~ En. Alnorulhadi B Ab. Hamid~

Program yang menarik dengan penyampaian yang santai menarik minat peserta. Amat berguna kepada sesiapa yang ingin majukan diri untuk capai kehidupan yang cemerlang. ~ En. Mohd Yusri B. Hj. Yunus~

Hidup anda pasti akan berubah dengan mengikuti program bersama En Osman Affan. Mungkin penyelesaian kepada masalah hidup anda ada bersamanya. Saya telah pun memperolehinya...... ~ Cik Nor Afida Bt. Abdullah~

'The best facilitator I have ever met! Keep it up!'. ~ En. Wan Muhd Izzat B. Wan Ahmad~

Program ini mengajar saya bagaimana untuk saya belajar keluar daripada zon selesa dan bagaimana untuk lebih mengenali diri sendiri ~ En. Mohd Ridhuan B. Mohd Nor~

Kaedah yang digunakan dalam program ini agak berbeza dan menarik. Ia juga amat berkesan. ~En. Wan Mohd Halimin B. Wan Ismail~

Secara peribadinya, amat rugilah kepada mereka yang tidak mengikuti kursus ini kerana saya berasa bertambah yakin dan mendapat keyakinan dalam usaha mahupun cara-cara untuk memajukan diri sendiri, keluarga serta organisasi. ~En. Mohammad Shairy B. Draman~

Program yang dijalankan oleh En Osman Affan teramat berguna untuk kita aplikasikan dalam kehidupan seharian kita terutamanya dalam memantapkan keyakinan diri..... . ~En. Mohd Hairie B. Mohd Nashoha~

Untuk membaca lebih lanjut mengenai program ini, sila klik disini.

 

Testimoni Peserta daripada Kakitangan Kolej Teknologi Bestari, Setiu Terengganu untuk program "Pembangunan Organisasi & Pemantapan Modal Insan " oleh Osman Affan

“Satu kursus yang mampu merangsang minda, mencetus idea-idea dan memberi impak yang besar pada pembangunan diri dan rohani. Keinginan dan kemahuan diri menjadi lebih tepat dan keazaman memberangsang jiwa supaya berusaha dengan gigih untuk mencapai apa yang dicitakan. Terima kasih En Osman kerana membuka minda saya.” ~Nor Nazirawati Anang~

“Ini adalah kursus pertama yang saya hadiri yang mana saya boleh ’stay awake’ tak mengantuk dari hari pertama hingga habis kursus.” ~Mariana Jusop~

“Program yang amat memberi kesan kepada mereka yang merasakan diri mereka tiada keistimewaan atau lemah. Program ini mampu meningkatkan keyakinan diri……” ~Azlinah Ambak~

“Program bersama En Osman Affan banyak membantu saya memperbaiki kelemahan diri saya, cara-cara untuk meningkatkan prestasi pengajaran & pembelajaran di dalam kelas serta menyuntik semangat ke dalam diri saya untuk mencapai sesuatu yang saya fikirkan mustahil untuk dicapai sebelum ini.”~Nadia Nawawi~

“Selalu masuk kursus mesti mengantuk dan boring. But you’re not. You are a great man En Osman Affan.”~Saloma Mohd Yusoff~

Untuk membaca lebih lanjut mengenai program ini, sila klik disini.

 

Testimoni Pelajar daripada Sekolah Seri Puteri, CyberJaya untuk program "SmartStudy Learning Skills " oleh Osman Affan

'Sangat seronok. Amat bagus. One word for this - : B.R.I.L.L.I.A.N.T! Congratulations & Thanks.‘~Khairunnajihah Aqila Mohd Sufian~

‘SmartStudy Learning Skills memang menyeronokkan. Penceramah En Osman Affan memang seorang penceramah yang mantap. Tidak sia-sia mendengar ceramahnya selama 7 jam kerana banyak yang dapat diperolehi.’ ~Nur Nathrah Kamaruddin~

‘Program ini dapat membuatkan saya lebih yakin terhadap diri sendiri dan membuat saya menghafal dengan lebih mudah. Terima kasih En Osman Affan.’ ~Fatin Mastura Abdul Razak~

‘Program ini merupakan program yang amat bagus! Saya suka En Osman bukan sahaja memberi ceramah atau motivasi, tetapi beliau seperti ‘bercakap’ dengan kita semua! Satu kaedah pengajaran yang bagus! ~Fatimah Nadiah Mohd Hisham~

‘Saya rasa ini merupakan program motivasi yang paling menarik pernah saya hadiri. Semoga satu hari nanti kita dapat bertemu lagi.’ ~Faten Nur Artikah Johari ~

‘Ini merupakan program motivasi yang paling menyeronokkan yang pernah saya sertai.‘ ~Nur Fadzleen Izyana~

‘Program ini sangat bagus dan insyaallah akan memberi kesan positif kepada kami pelajar ELDATERRA 0711 SSP. Thank you En Osman.’ ~Nurul Atiqah Hj Samuri

‘Saya amat berterima kasih kepada pihak sekolah kerana menganjurkan program seperti ini. Keep it up doing this job! Saya memperoleh pelbagai teknik yang saya kira berkesan.’ ~Nur Afiqah Abdul Adzim Shukri~

‘Nak tahu tak Cikgu Osman nih!! Lawak jenaka sampai ke Raja Lawak!! Bukan sahaja lawak tapi sambil tu berkongsi aset-aset untuk berjaya juga.‘~Nurfarahin Mohd Yazid~

Untuk membaca lebih lanjut mengenai program ini, sila klik disini.

 

Testimoni Peserta daripada Kakitangan Skim Pelatih Pengurusan, UDA Holdings untuk program "Mind Power" oleh Osman Affan

“Program ini sangat sesuai untuk semua golongan terutama pelajar, pekerja mahupun golongan korporat, Pengisiannya ringkas tetapi padat dan penuh dengan pengetahuan. Penceramah yang berpengalaman dan isu yang dibincangkan juga sangat berkaitan dengan kehidupan seharian” ~Nur Syahfina Ishak~

“Hadir dan dengarlah sendiri. Anda akan berasa puas hati dan hidup anda mungkin akan berubah menjadi yang lebih baik selepas mengikuti program ini.” Ainul Suraya Zainal~

“Program ini sangat berkesan dan berguna bagi meningkatkan keyakinan diri serta mengenalpasti kebolehan diri untuk mencapai matlamat seseorang.” ~Aida Faizurah Ibrahim~

“Harus hadiri program bersama En Osman Affan, banyak tips-tips yang berguna diberikan dalam program beliau. Contoh yang diberikan melibatkan keadaan sekeliling dan mudah difahami serta diingati.” ~Mardhiah Ahmaddiah~

“Sangat menarik dengan penerangan dan penjelasan yang jelas dan terperinci.” ~ Siti Mariam Ahmad.

 

Untuk membaca lebih lanjut mengenai program ini, sila klik disini.

 

Testimoni Peserta daripada Mahasiswa dan Mahasiswi, Universiti Darul Iman, Terengganu untuk program "Membina Semangat dan Keyakinan Diri " oleh Osman Affan

Program ini amat berkesan untuk para pelajar dan program ini betul-betul membuatkan saya cukup berpuas hati dan kalau diberi peluang untuk menyertai program seperti ini lagi, saya akan menghadirinya sekiranya En Osman Affan penceramahnya.” ~Noor Hafiza Othman~

Program ini telah membuka minda saya bahawa setiap kejayaan mahupun kegagalan berasal daripada kita sendiri. Justeru itu, saya telah buktikan minda yang positif memberi jalan untuk saya capai kejayaan. Syabas En Osman. Anda memang hebat!” ~Nur Iffah Aziz~

Satu pendekatan yang amat rapat, seperti sudah lama kenal. Mudah diajak berbincang dan satu perjalanan ceramah yang tak pernah buat saya tutup mata atau tertidur.” ~Siti Zubaidah Abdullah~

Program ini amat bagus kerana memberi kesan untuk lebih yakin untuk berhadapan dengan orang ramai. Di samping itu program ini dapat membantu saya dan rakan-rakan tampil dengan berani dan bersemangat.”~Norziati Juwaini Jusoh~

Very happening Talk Show. Memberi saya semangat baru dalam mencapai matlamat hidup saya.” ~Nadiah Mohd Razali~

Program yang membuat saya sangat teruja. Saya suka cara En Osman Affan menarik perhatian audience. Sekali sudah menghadiri program ini pasti akan datang lagi.”~Norsalina Abdullah~

Program motivasi ini amat seronok dan menggembirakan. Program ini merupakan program yang paling best pernah saya hadiri. Program ini amat berguna bagi saya dan rakan-rakan yang lain.”~Siti Norasiah Awang Su~

Amat bagus untuk diri saya yang selalu merendah diri dan tidak yakin dengan diri sendiri. EXCELLENT!” ~Nik Ayuni Nik Aziz~

Program ini amat memberi kesan kepada diri saya. Melalui program sebegini saya mampu mengembangkan bakat serta potensi diri yang terpendam sekaligus memberi keyakinan dalam setiap tindakan dalam usaha untuk menjadi insan yang cemerlang.”~Nurul Ashikin Basri~

Sebelum ini saya selalu merasakan diri saya tidak berguna dan berharga tetapi sekarang saya tahu diri saya sahaja yang boleh merubah dan menjadi yang terbaik. Thanks a lot for giving me more confidence to be successful.” ~Nurul Hazirah Deraman~

Program yang memberi banyak langkah untuk meningkatkan keyakinan diri dari segi minda, kemahiran dan aktiviti sesuai untuk pelajar terutamanya pelajar universiti yang kurang keyakinan diri.” ~Nur Izzatina Abd Ghafar~

Penceramah motivasi yang amat santai dan pandai menarik perhatian kami untuk terus menyertai bengkel ini sehingga ke akhirnya dengan keadaan yang bersemangat dan perkataan bosan tidak pernah terlintas di fikiran kami… Syabas!” ~Nur Syazana Shanan~

Kawan-kawan saya selalu mempermainkan saya setiap kali gambar En Osman dipamerkan di setiap tempat kerana saya mempunyai tahi lalat yang sama dengan En Osman. Jadi saya mengambil keputusan untuk pergi program yang dianjurkan. Apabila saya hadiri program ini saya amat gembira sekali kerana En Osman mengajar saya supaya cintakan diri sendiri. Saya berharap program ini akan diadakan lagi san saya kagum En Osman dan saya berazam untuk menjadi seperti En Osman.” ~Nurmuhsila Md Yusoff~

Untuk membaca lebih lanjut mengenai program ini, sila klik disini.

Testimoni Peserta daripada Mahasiswa dan Mahasiswi, Universiti Teknologi Mara, Segamat Johor untuk program "Towards Dean's List " oleh Osman Affan

“Satu program yang paling menggembirakan dan banyak memberi input. Semoga dapat bertemu lagi di program lain. En Osman memang best! Suasana sangat happening… Hebat Ah!! ~Nurul Hidayah Mamat~

“Ya Allah, best sangat kursus ni. En Osman pandai mengambil hati kami untuk mengikuti program seperti ini di masa akan datang. Tahniah untuk En Osman di atas kursus yang amat berjaya ini.”~Nur Atirah Jaafar~

“Happening habis! En Osman memang seorang motivator yang bagus dalam memberi motivasi serta menerangkan gaya belajar dengan terang!” ~Nur’Atiqah Mohamed Rodzi~

“Saya berasa sangat seronok dan tidak pernah seronok di mana-mana program. Inilah program paling best dan tidak membosankan. Ia meningkatkan keyakinan saya untuk terus belajar.”~Siti Soleha Mohd Salleh~

“Program ini lain daripada yang lain kerana mesej yang ingin disampaikan sangat jelas dan tidak boring.”~Tanpa nama~”

“En Osman Affan adalah seorang penceramah yang bagus. Beliau sangat pandai berkomunikasi dengan penonton.”~Zuraidah Ahmad~

“Saya bersemangat dan akan mencuba petua-petua En Osman. Selama ni saya kecewa dengan result saya sehingga mengganggu aktiviti harian. Now, saya percaya dengan advice En Osman. Program hari ini sangat menarik dan berkesan.”~Nor Sazrina Zulkifli~

“En Osman is AWESOME!”~Nurul Izati Shazli~

“Program ini amat bagus dan bermakna kepada saya kerana ia membuka mata saya sendiri untuk mengatasi masalah saya. Thanks and congratulations. En Osman seorang yang sempoi dan pengajarannya amat berkesan.”~Anina Tumiran~

“En Osman best. Susah nak dapat penceramah sebegini. Saya happy mendengar ceramah En Osman. Saya harapkan apa yang saya dapat adalah berkesan.”~Siti Nurfarhana Nayan~

“Program ini sangat bagus dan berfaedah dan sesiapa yang mengikuti program ini pasti akan pulang dengan senyuman yang lebar.” ~Muhammad Khairul Zharif Nor A’zam~

“Program ini sangat menyeronokkan. Tidak ada satu saat pun saya rasa bosan ketika menjalani program ini.”~Ili Yasmin Harun~

“Sangat menghiburkan! Saya sangat suka cara penyampaian dan slide show yang dipaparkan oleh En Osman.”~Muhammad Hazwan Hairuddin~

“Program ini amat memberi saya dan rakan-rakan saya keyakinan dan semangat untuk mencapai gred purata 3.5 ke atas…”~Muhammad Azwan Musa~

“Wow! I’m speechless! Penceramah sangat mahir berkata-kata hinggakan semua yang diajarkan dipraktikkan oleh saya sampai sekarang.”Akmal Hadi Sulaiman~

“Antara seminar yang paling berguna, bermakna dan seronok. One complete package.”~Muhammad Amir Zaki Zainal Alam~

“Program ini menyedarkan peserta bahawa mereka mempunyai potensi diri yang masih belum diterokai. Tiada program seumpama ini pernah saya hadiri sebelum ini. Terima kasih kepada En Osman.”~Muhammad Ariff Hussin~

“This kind of talk should be compulsory to all student in every level. Even dean’s list feel small compare to En Osman in term of study and time management.”~Muhammad Izzat Zahari~

“Program ini amat memberangsangkan, seronok dan banyak faedah-faedah yang saya boleh nampak. Cara beliau berceramah seperti bercakap dengan kami, jelas dan kreatif, banyak contoh-contoh yang terbaik yang boleh diikuti dan diamalkan seharian. Program ini juga dapat menarik minat saya yang anti kepada ceramah. Walau apa pun, tahniah dan saya amat berterima kasih kerana sudi datang berceramah memberi kami lebih semangat untuk berjuang mendapat apa yang kami impikan.”~Aida Zulinda Zabadi~

“Sangat memikat hati dan jiwa. Program ini amat bagus. Tahniah En Osman kerana berjaya menerokai hati kami semua.”~Husni M.Nor~

“Best sangat, kelakar, tak mengantuk dan tak membosankan. En Osman yang begitu petah bercakap dan pandai menarik perhatian kami untuk dengar ceramah beliau. Saya ada rasa keyakinan diri yang lebih tinggi bila menghadiri ceramah ini. Terima kasih En Osman dan fakulti TMSK!” Iza Amira Shaharudin~

“Seronok sangat sehingga memberi kesan kepada diri saya. En Osman adalah penceramah terbaik yang pernah saya jumpa!”~Siti Nooraishah Borhanaldin~

Untuk membaca lebih lanjut mengenai program ini, sila klik disini.

 

 

© All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com