
Sesi ceramah bertajuk "IT dan Global" |

Sesi ceramah bertajuk "IT dan Global" |
|
Kolej Tun Sri Lanang merupakan satu rancangan realiti tv baru yang bakal ditayangkan di rangkaian Info Ria, RTM 1. Di dalam rancangan ini, beberapa wakil pengakap terbaik di seluruh Malaysia dikumpulkan bagi bertanding untuk dinobatkan sebagai bakal pemimpin yang terbaik.
Rancangan ini adalah hasil kerjasama antara Anugerah Media Network Sdn Bhd dan Persekutuan Pengakap Malaysia.
Siri 13 episod ini akan memberi peluang kepada para peserta untuk belajar banyak perkara terutamanya yang melibatkan aspek kepimpinan, kreativiti, kerjasama kumpulan dan perkara-perkara yang mengekalkan identiti utama rakyat Malaysia.
Dalam cabaran ini juga, ada peserta yang akan tersingkir setelah menjalani beberapa ujian yang telah ditetapkan. Osman Affan merupakan salah seorang juri dalam satu episod rancangan ini di mana beliau perlu membuat penilaian ke atas peserta berdasarkan ujian yang mereka lalui.
Osman Affan juga diberi satu sesi untuk berkongsi dengan peserta tentang penggunaan IT dan bagaimana IT dapat membantu peserta terutamanya di dalam aspek perniagaan dan kepimpinan.

Penggambaran di majlis pembukaan |
|

Bersama Tengku Ismail, pengarah rancangan ini. beliau juga merupakan pengarah bagi rancangan popular seperti 'Explorace' dan juga 'Mentor'. |

Bersama Zaki, pelatih utama bagi rancangan ini. Zaki adalah senior consultant bagi Syarikat Chosen One Management |
|