Dalam tip hari ini, saya ingin kongsikan satu teknik dalam menggunakan effect motion path. Mula-mula, lukiskan satu kotak pada slide anda.Terpulang kepada anda mahu gunakan kotak berwarna apa. Saya telah lukiskan satu kotak berwarna merah seperti di dalam gambar di bawah.

power pointTip hari ini mudah sahaja sebenarnya. Saya mahu tunjukkan bagaimana mahu buat effect supaya kotak itu bergerak ke kanan, kemudian bergerak ke atas. Bunyinya agak mudah tetapi selalu saya mendapat soalan bagaimana mahu melakukan perkara ini.

Langkah-langkahnya:

  1. Klik add effect –> Motion path –> Right. (Start - ‘On-click’, path - ‘unlocked’, speed - ‘medium). Selesai sahaja anda lakukan anda akan lihat preview kotak itu bergerak ke kanan.
  2. Biarkan kotak itu aktif, klik add effect sekali lagi –> motion path –> Up. (Start - ‘after previous’, path - ‘unlocked’, speed - ‘medium’.)

power pointSekarang, cuba anda klik slide show –> view show. Apakah yang terjadi? Anda akan lihat, kotak itu bergerak ke kanan, kemudian ia hilang sekejap dan muncul ditempat asal dan bergerak ke atas bukan? Apa yang kita mahu lakukan ialah, apabila ia bergerak ke kanan,berhenti dan terus bergerak ke atas daripada tempat ia berhenti. Bagaimanakah cara melakukannya? Mudah sahaja.

power pointLihat kotak anda. Setelah anda letakkan 2 effect tadi, anda akan lihat dua anak panah berkepala merah bukan. Sekarang, klik pada anak panah yang menghala ke atas itu. Ia akan aktif. Gerakkan anak panah itu ke kanan menggunakan right arrow button di papan kekunci anda. Gerakkan anak panah itu betul-betul di atas hujung anak panah yang lagi satu. Kemudian, klik slide show –> view show sekali lagi. Apa yang anda lihat?

Ya, anda akan lihat kotak itu bergerak ke kanan dan kemudian terus bergerak ke atas tanpa balik semula semula ke tempat asalnya.

Setelah anda memahami konsep ini, anda boleh buat beberapa kesan atau pergerakan lain mengikut kehendak anda. Apa yang penting, dengan pengetahuan asas ini, anda perlu cuba lagi banyak kali dengan effect power pointyang berlainan pula. Anda akan jadi lebih cekap dalam masa yang sangat singkat.

Selamat mencuba. :)