Thu 19 Apr 2007
21 Tips Microsoft Power Point - tip 11
Posted by Osman Affan under Teknik Belajar , Motivasi , Soft Skills , PowerPointTip ke 11 ini ialah tip kegemaran saya. Kebanyakan peserta program atau pelajar selalu bertanya tentang tip ke 11 ini. Tip ke 11 ini ialah berkenaan ‘Custom Animation’. Custom animation ialah fungsi-fungsi yang anda boleh gunakan untuk mempelbagaikan cara mempersembahkan isi kandungan presentation anda.
Jika dulu presentation hanya dibuat menggunakan OHP Projector atau lebih lama lagi,menggunakan kad manila atau kertas mahjong. Cara ini, penonton anda akan terus dapat melihat kesemua isi-isi presentation anda sekaligus. Dengan menggunakan custom animation, anda boleh mengeluarkan isi kandungan presentation anda satu persatu dan dengan pelbagai cara.
Sebagai permulaan, cuba buka custom animation. Caranya, klik Slide Show –> Custom Animation. Kemudian, anda akan lihat beberapa ikon custom animation di sebelah kanan power point anda.
Anda dapat lihat ikon ‘Add effect’ dalam imej sebelah. Add effect ini cuma akan aktif jika anda klik sesuatu yang hendak anda animasikan di dalam slide anda.
Contohnya, jika anda klik pada mana-mana kotak tulisan dalam slide anda, ikon add effect ini akan kelihatan aktif (ada warna, tidak berwarna kelabu pudar). Apabila anda lihat ikon ini aktif, cuba klik pada ikon tersebut. Anda akan lihat 4 jenis custom animation yang anda boleh gunakan iaitu Entrance, Emphasis, Exit dan Motion Path. hari ini, saya akan terangkan fungsi keempat-empat perkara ini satu persatu.
Entrance - Apabila anda gunakan effect entrance pada tulisan, tulisan itu tidak akan muncul semasa slide show. Tetapi setelah anda klik mouse anda atau klik down arrow button, tulisan itu akan keluar. Jadi, gunakan effect ini untuk mengeluarkan isi presentation anda satu persatu.
Emphasis - Ini digunakan untuk menguatkan presentation anda untuk sesuatu isi. Contohnya anda sudah keluarkan tiga isi penting. Kemudian, anda mahu menekankan kepentingan isi ketiga. Jadi, anda gunakan Emphasis untuk membesarkan tulisan itu, menukar warnanya atau apa saja jenis emphasis yang anda suka.
Exit - Katakan anda sudah senaraikan 10 isi penting di dalam slide anda. Kemudian anda mahu terangkan tentang isi yang ke sepuluh. Jadi, anda boleh gunakan Exit ini untuk mengeluarkan 9 lagi isi tadi. Kesannya, isi itu akan hilang dengan cara yang anda mahukan.
Motion Path - Anda boleh gunakan ini untuk membuat sedikit animasi di dalam presentation anda. Contohnya, anda ada gambar orang sedang berjalan. Gambar itu tidak bergerak. Tetapi anda boleh gunakan motion path ini dengan membuat gambar itu bergerak ke mana-mana sahaja yang anda mahu.
Jangan risau jika anda masih kurang faham. Insyaallah saya akan terangkan dengan panjang lebar tentang tip ke 11 ini. Saya jika anda boleh kuasai tip ke 11 ini, anda kelihatan lebih professional semasa menggunakan power point.