Wed 1 Nov 2006
Adik bongsu saya baru-baru menjalani peperiksaan UPSR. Jika saya lihat, beliau mungkin rasa sedikit tertekan kerana keluarga saya selalu cuba membandingkan beliau dengan saya semasa saya di zaman persekolahan. Namun, kadang-kadang, saya tengok rileks je adik saya sorang ni, macam tak kisah jer…..
Satu perkara yang ingin saya kongsi bersama anda hari ini, harapan orang disekeliling anda boleh membawa dua kesan utama.
Pertama, anda rasa bersemangat kerana tanggungjawab berada di bahu anda. Anda bersemangat kerana orang-orang disekeliling anda mengambil tahu tentang anda lalu mereka meletakkan harapan mereka kepada anda.
Kedua, yang selalunya terjadi, anda rasa tertekan. tertekan kerana apa akan jadi jika anda tidak boleh memenuhkan impian dan harapan mereka? Apa akan jadi jika anda gagal dan seterusnya membuat mereka kecewa? Pernahkah anda terfikir begini?
Jika perkara kedua yang anda rasakan, apa yang patut anda lakukan?
March 8th, 2007 at 5:36 pm
assalamualaikum ,
saya ingin tahu bagaimana nak atasi masalah gementar.
saya ada masalah ketika menghadapi exam. saya sering mengejar masa untuk jawab semua soalan , jadi kadang kala saya hilang tumpuan dalam exam, tangan saya juga akan menggeletar sehingga saya tidak boleh menulis.walaupun exam baru bermula saya akan jd begitu juga. bagaimana untuk atasi masalah ini?
March 10th, 2007 at 12:14 pm
Waalaikumsalam…
Akmar, perasaan gementar adalah biasa tetapi kalau terlalu teruk, perlu buat sesuatu. Ada 3 cadangan saya untuk Akmar.
Pertama, buat persediaan yang mencukupi. Terlalu gementar hingga tangan menggeletar macam tu menunjukkan Akmar masih belum yakin dengan persediaan Akmar. Tanpa persediaan yang mencukupi, pelajar yang cemerlang juga akan merasa gementar. Jadi, buat lebih persediaan dan banyakkan membuat soalan-soalan peperiksaan yang lepas. Ini akan membantu mengurangkan rasa gementar tadi.
Kedua, sebelum masuk dewan peperiksaan, di dalam minda, fokuskan kepada kesudahan yang menggembirakan. Maksud saya, bayangkan dalam minda yang peperiksaan sudah tamat dan Akmar berjaya jawab dengan tenang, lancar dan baik. Fokus betul2 pada imej ini dalam minda. Disamping tu, tarik nafas dalam-dalam, tahan nafas beberapa ketika dan lepaskan perlahan-lahan….. buat beberapa kali hingga Akmar rasa tenang.
Ketiga, semasa peperiksaan, jikamasih terlalu berdebar, letakkan pen atau pensel sebentar dan pejamkan mata. Kosongkan minda Akmar buat seketika. Jangan fikirkan apa-apa langsung. Tarik nafas seperti tadi beberapa kali. Kemudian, perlahan-lahan buka mata Akmar. Insyaallah Akmar akan rasa lebih tenang sedikit. Teknik memerlukan keyakinan bahawa ia akan menjadi dan ia akan membuat Akmar tenang. Perlu juga berlatih menggunakan teknik ini semasa Akmar mengulangkaji pelajaran.
Selamat mencuba.