Search Results for 'menghadap'


Apabila ditanya tentang cara menghafal, pelajar akan terbayangkan nota-nota yang dipenuhi tulisan yang perlu dihafal. Memang susah hendak menghafal, terutamanya jika tulisan-tulisan itu semua sukar untuk dibaca. Ini membuatkan pelajar rasa tidak bersemangat untuk menghafal.


Adakah memang sukar untuk menghafal? Mungkin…. mungkin sukar jika anda tidak tahu caranya yang betul.
Dulu, saya selalu terfikir bahawa, orang yang mudah untuk menghafal sesuatu adalah seseorang yang sangat bijak berbanding dengan orang lain. Beliau pasti mempunyai ibu bapa yang berpendidikan tinggi dan juga sudah sedia ada bijak sejak beliau dilahirkan. Jadi, saya sentiasa merasa rendah diri apabila saya membandingkan diri saya dengan seseorang yang mudah menghafal ini.

Namun, setelah saya menghadiri beberapa kursus dan membaca beberapa buku tentang teknik menghafal, saya dapati, semua orang mempunyai kebolehan untuk menghafal.


Jadi, sebagai permulaan, anda perlu tahu, manusia tidak mempunyai memori yang lemah. Mungkin selama ini anda sering menghadapi kesukaran untuk menghafal lalu anda fikir anda mempunyai memori yang lemah. Malah ada juga orang disekeliling anda yang melabelkan anda sebagai lemah ingatan. Mereka itu mungkin masih belum terdedah kepada fakta-fakta tentang kehebatan manusia ciptaan tuhan. Tetapi, kalau daya ingatan kita tidak lemah, mengapa terlalu sukar untuk kita menghafal sesuatu?

Pakar Memori Amerika Syarikat

Lihat dan cuba fahami kata-kata Mr. Kevin Trudeau, “I didn’t have learning disability, I just had an untrained memory” (Saya bukan lemah dalam belajar/menghafal, saya cuma mempunyai daya ingatan yang tidak dilatih).
Kevin adalah pengasas bagi American Memory Insitute di Amerika Syarikat. Institut ini mengajar pelajarnya cara-cara menggunakan sepenuh kebolehan daya ingatan manusia bukan sahaja untuk keperluan belajar atau pekerjaan, malah untuk kegunaan harian. Namun Kevin pada zaman kanak-kanaknya adalah dianggap sebagai seorang pelajar yang sangat lemah, hinggakan beliau hampir-hampir dilabelkan sebagai pelajar yang mempunyai IQ di bawah paras normal. Beliau bekerja keras untuk mencari jalan bagaimana beliau boleh menggunakan potensi sebenar beliau. Akhirnya, beliau menemui rahsia menggunakan sepenuh potensi daya ingatan dan kini, beliau terkenal di serata United States sebagai ‘Pakar’ dalam bidang daya ingatan.


Satu contoh betapa hebatnya Kevin ini, beliau pernah menghadiri satu majlis yang dihadiri oleh lebih dari 50  orang. Apabila Kevin berkenalan dengan orang baru, Kevin akan bertanyakan nama penuh orang-orang tersebut. Di akhir majlis tersebut, Kevin mampu bersalam dengan semua orang yang berkenalan dengannya tadi dan menyebut nama penuh masing-masing.
Untuk menghafal, anda perlu tahu satu perkara asas. Apakah bahasa memori kita? Bahasa Melayu? Bahasa Inggeris? Bahasa Cina? Atau bahasa India? Untuk mengetahuinya, jawab soalan ini.

Jika saya sebut perkataan kucing, apakah yang terbayang difikiran anda? Adakah perkataan K.U.C.I.N.G. ? Atau gambar seekor kucing?


Tentu gambar seekor kucing bukan?

Maksudnya, bahasa otak kita adalah ‘gambar’. Disebabkan itu, kita lebih mudah mengingat gambar dari perkara lain seperti tulisan. Jadi, jika anda merasa sukar untuk menghafal, jangan risau. Bukan anda memiliki daya pemikiran yang lemah, tetapi, anda mungkin selama ini cuba menghafal tulisan, bukan gambar.

SMK Seri Bintang UtaraBaru sebentar tadi saya mengendalikan satu program khas, teknik dan kemahiran menyelesaikan masalah bersama pelajar SMK Seri Bintang Utara Kuala Lumpur. Pelajar-pelajar ini ialah pelajar yang tinggal di asrama sekolah tersebut.

Secara peribadi, saya sangat suka program-program begini. Program kemahiran menyelesaikan masalah boleh membantu meningkatkan daya kreativiti pelajar. Pelajar juga diajar beberapa teknik khas dalam usaha menyelesaikan masalah. Saya telah kongsikan 3 langkah mudah dalam menyelesaikan masalah iaitu The minda (minda), The Body (fizikal) dan The Action (aksi menyelesaikan masalah).

SMK Seri Bintang UtaraMelalui 3 langkah ini, pelajar boleh praktikkannya dalam kehidupan seharian mereka. Mereka boleh selesaikan masalah harian mereka sama ada ia masalah pencapaian akademik, masalah hubungan keluarga atau rakan sebaya dan juga masalah dan cabaran-cabaran lain.

Apa yang paling penting ialah, setiap kali pelajar menghadapi masalah, mereka perlu elakkan daripada berfikir tentang perkataan ’susah’, ‘pening’ atau ‘tidak boleh selesaikan’. Ini adalah kerana anda adalah apa yang anda fikirkan. JIka anda fikir tidak boleh, seluruh tubuh dan minda anda akan memberi gerak balas yang menunjukkan bahawa anda benar-benar tidak boleh melakukannya. Merugikan bukan?

Mulai sekarang, setiap kali berhadapan dengan masalah, pupuk rasa yakin bahawa ia pasti boleh diselesaikan dan anda akan rasa gembira menyelesaikannya. :)

buku smartstudyInsyaallah, akhir bulan April, buku kedua hasil tulisan saya akan keluar di pasaran. Dah hampir 6 bulan buku ni berada dalam proses penerbitan dan semalam saya telah lihat rupa akhir buku tersebut.

Asalnya, saya hanya menulis modul untuk program kemahiran belajar di Pusat Tuisyen saya di Kuala Lumpur. Hampir setiap minggu saya jalankan program ini selama setahun dan kemudian timbul idea untuk mengumpulkan hasil idea program saya dalam bentuk buku. Pada November 2004 saya mula menulis. Jika tidak silap saya ketika itu bulan puasa. Saya menulis setiap hari selama 20 hari. Ketika itu juga, tunang saya sedang belajar memandu kereta (sekarang ini isteri saya). Saya bawa semua bahan-bahan saya untuk menulis semasa menemani isteri saya ini belajar memandu. Kira bersemangat juga la nak menulis masa tu.

Hasilnya, setelah 20 hari berlalu, buku pertama saya telah siap. Namun, setelah saya berbincang dengan seorang rakan, saya dapati buku itu terlalu panjang. Jadi, saya buat keputusan untuk membahagikan buku itu kepada tiga bahagian iaitu yang pertama: Persediaan minda untuk menjadi pelajar cemerlang. Buku ini adalah langkah pertama pelajar untuk menjadi cemerlang kerana, tanpa persediaan minda, pelajar sama ada tidak akan terfikir pun untuk menjadi cemerlang atau mereka mereka tidak ada kebolehan untuk menjadi pelajar cemerlang.

buku smartstudyBuku kedua pula bertajuk Kemahiran Belajar. Di dalam buku ini, saya terangkan beberapa teknik belajar yang utama seperti teknik menghafal, teknik membuat nota kreatif, teknik pengurusan masa, teknik bacaan pantas dan juga beberapa tips dan petua untuk pelajar belajar dengan lebih berkesan.

Saya percaya buku ini sangat penting kerana majoriti pelajar yang saya temui tidak pernah belajar secara langsung bagaimana mahu belajar sesuatu dengan cepat dan ingat apa yang dipelajari itu dalam jangka masa yang panjang. Ini adalah kemahiran yang pelajar sangat perlukan.

Buku ketiga saya yang akan terbit sebelum akhir tahun nanti pula bertajuk Psikologi Menghadapi Peperiksaan. Buku ini saya ceritakan bagaimana mahu membuat persediaan akhir dan bagaimana mahu mengawal emosi dan tekanan perasaan akibat peperiksaan ini. Saya berikan banyak tips dan teknik untuk bersedia menghadapi peperiksaan yang sebenar.

Jika tidak silap saya, akhir bulan April nanti ada satu pesta buku di PWTC Kuala Lumpur. Saya akan berada di sana pada 1 mei untuk sesi pelancaran dan promosi kedua-dua buku saya ini. Jika anda berada di sana ketika itu, singgah-singgah di tempat promosi saya…. :)

UITM KedahSabtu lalu buat pertama kali saya menjalankan program bersama UITM Kedah di Hotel Swiss Inn Kedah Darul Aman. Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang tips, teknik dan kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi dunia pekerjaan kelak. Peserta terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi dalam pengajian BBA Marketing dan juga Islamic Banking.

Dalam program sehari ini, saya ceritakan beberapa tips dan teknik untuk bercakap dikhalayak ramai. Saya juga kongsikan beberapa pengelaman saya sendiri dalam menghadiri temuduga terutama temuduga saya semasa mahu memasuki Syarikat Perakaunan PriceWaterHouseCoopers dulu.

UITM KedahAlhamdulillah, program hari tersebut berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa dugaan dalam bentuk teknikal yang tidak dapat dielakkan. Saya juga dapat pelajari sesuatu yang baru melalui salah seorang Penceramah jemputan iaitu En Johan mengenai ‘table manners’ dan grroming technique. Hmmm… memang banyak yang kita boleh pelajari kalau datang ke program-program sebegini sebenarnya. Saya percaya semua peserta sangat bertuah dan beruntung kerana dapat menyertai program ini dengan kemahuan mereka sendiri.

Jadi, saya ucapkan tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya mengikuti program ini sepenuhnya. Semoga apa yang teah dipelajari akan benar-benar memberi manfaat dan kelebihan kepada anda di masa akan datang. :)

powerpointTip yang keempat ini saya pelajari semasa saya sedang mengikuti pengajian Sarjana di Universiti Islam Antarabangsa. Saya sedang belajar Psikologi Pendidikan dibawah didikan Dr Norazian. Ketika itu pelajar membuat presentation untuk mendapat markah dalam semester pertama.

Ketika membuat presentation, ada pelajar yang menulis terlalu banyak ayat di slide powerpoint (lihat contoh yang saya berikan). Dr Norazian agak marah melihat powerpoint yang begitu. Jadi beliau berkata, “ini PowerPoint ke PowerSentence ni?” Pelajar-pelajar bersama-sama ketawa mendengar komen ini termasuklah pelajar yang membuat presentation tersebut. Ada benarnya komen ini walaupun bunyinya agak kelakar.

Jadi, tip yang keempat ini ialah, jangan tulis terlalu panjang dalam powerpoint slide anda hingga ia menjadi powersentence.

Tujuan PowerPoint digunakan ialah untuk meringkaskan isi-isi anda supaya mudah anda terangkan. Anda cuma menulis isi penting sahaja, kemudian anda terangkan tentang isi tersebut dengan lebih lanjut. Ada beberapa akibat utama jika anda tulis panjang begini.

  • Anda pasti akan cuba membaca apa yang anda tulis terus daripada skrin projector. Jadi akan mula menghadap skrin projector, bukan menghadap penonton anda. Tidak bagus bukan?
  • Bukan sahaja anda yang akan membaca apa yang terpapar di skrin, penonton anda juga akan turut membacanya. Akibatnya, penonton tidak akan memberi perhatian kepada anda dan mula sibuk membaca.
  • Jika semua sudah anda tuliskan dan paparkan di skrin, apa lagi yang hendak anda terangkan?
  • Presentation anda akan jadi sangat hambar dan membosankan kerana anda hanya membaca daripada skrin projector.

powerpointApa yang anda perlu lakukan ialah, ringkaskan ayat-ayat anda kepada kata kunci dan isi penting sahaja. Ingat, anda perlu terangkan dengan lebih lanjut tentang isi penting itu. Ini membuat anda kelihatan seperti anda benar-benar tahu tentang apa yang anda katakan itu.

Jadi mulai hari ini, ringkaskan apa yang anda tulis di slide powerpoint anda. Jangan takut untuk bercakap menghadap penonton. Ceritakan kepada penonton apa maksud isi penting yang terpapar di skrin projector anda. :)

SK Durian BurungHari Rabu dan Khamis yang lepas, saya berada di Terengganu Darul Iman bagi menjalankan program SmartStudy Learning Skills untuk dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Kubang Ikan dan Sekolah Kebangsaan Durian Burung. Program ini adalah untuk pelajar tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR bulan September ini.

Di dalam program ini, saya kongsikan bersama pelajar pengalaman saya sendiri semasa mengambil peperiksaan tersebut. Saya ceritakan kepada pelajar bahawa saya adalah batch pertama yang mengambil peperiksaan UPSR pada tahun 1988. Ketika itu saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tok Jiring, Kuala Terengganu.

Beberapa minggu sebelum peperiksaan dijalankan, sekumpulan pelajar di sekolah saya dipanggil oleh guru besar. Ada lebih kurang 20 orang pelajar yang dipanggil ketika itu. Pelajar-pelajar ini adalah pelajar yang disasarkan atau pelajar yang dijangka akan mendapat 5A dalam peperiksaan nanti. Ketika itu, saya tidak termasuk di dalam kumpulan pelajar itu. Maksudnya, berdasarkan prestasi saya, saya tidak dijangka akan mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR yang akan datang tidak lama lagi itu.

SK Kubang IkanSetelah pelajar itu semua keluar daripada bilik guru besar, mereka kelihatan gembira dan bangga. Saya pergi kepada beberapa orang pelajar tersebut dan cuba bertanya apa yang guru besar kata di dalam bilik tadi. Seorang kawan saya menjawab..” Aduhhh.. kitorang kena rotan tadi tu…..”. Dia berkata begini dengan muka tersengih-sengih. Seorang lagi menyambung lawak kawan saya ini, “ye la… abis lebam badan aku kena rotan…” kemudian mereka ketawa dan tidak menjawab soalan saya tadi….

Saya terfikir di dalam hati, kenapa la susah sangat nak jawab soalan saya tadi…. rahsia sangatkah apa yang diceritakan di dalam bilik itu tadi….. sedikit sebanyak, sebagai seorang budak berumur 12 tahun ketika itu, saya merasa agak sedih kerana saya rasa saya tidak ada potensi untuk berjaya. Saya sedih kerana saya tidak dapat tergolong dalam kumpulan pelajar yang bakal jadi cemerlang itu. Saya seperti masih boleh ingat apa perasaan yang saya rasakan ketika itu.

Setelah peperiksaan berlalu dan apabila keputusan peperiksaan tiba, cuma 11 orang pelajar yang mendapat 5A di sekolah saya. Alhamdulillah, saya adalah salah seorang daripada pelajar tersebut. Saya berjaya mendapat 5A! Tuhan saja yang tahu betapa gembiranya saya ketika itu……lebih separuh pelajar yang dijangka mendapat 5A tadi gagal mendapatnya.

Mesej saya kepada pelajar melalui cerita ini ialah, kebolehan dan potensi anda untuk berjaya bukanlah ditetapkan oleh pandangan ataupun sasaran orang lain tidak kira orang itu adalah guru, guru besar, ibu bapa mahupun tok bomoh…. kebolehan dan potensi anda untuk berjaya terletak di tangan anda sendiri kerana anda sahaja yang boleh membuktikan kebolehan sebenar anda.

Jadi, jika anda tidak dijangka untuk mendapat kejayaan cemerlang, jika anda tidak berada di kelas paling pandai di sekolah anda dan jika anda tidak pernah mencapai kecemerlangan akademik sebelum ini, itu semua tidak sepatutnya mempengaruhi kebolehan sebenar anda. Anda patut belajar untuk merasa yakin dengan diri anda sendiri bahawa anda akan berjaya. Saya sendiri sentiasa cuba meyakinkan diri saya sendiri dengan mendapat sokongan daripada orang-orang yang mempercayai kebolehan saya iaitu ibu dan bapa saya. Dengan sokongan mereka, saya sentiasa rasa bersemangat dan yakin bahawa saya juga ada kebolehan yang hebat.

Saya ucapkan selamat berjaya kepada semua pelajar yang sedang bertungkus-lumus untuk menghadapi cabaran dalam membuktikan kebolehan sebenar masing-masing…. :)

career campSabtu lalu, Unit Alumni & Career Service UIA Gombak telah menjemput saya untuk mengendalikan hari pertama dalam Career Expose Camp anjuran mereka. Kursus ini adalah percuma untuk para peserta. Saya mengendali sesi-sesi yang mahu membantu peserta dalam dua perkara iaitu

Pertama: Mengenali potensi peserta yang selama ini terpendam

Kedua: Menguasai ‘Communication skill & Public speaking skill’.

Para peserta ini semua sebenarnya sedang belajar bagaimana cara menghadapi cabaran mencari pekerjaan selepas tamat belajar. Saya telah ceritakan beberapa teknik dalam berkomunikasi terutama semasa mereka menghadiri temuduga yang penting buat mereka. Disamping itu, perkara utama yang saya telah tekankan kepada peserta ialah kebolehan untuk meluahkan pendapat mereka secara teratur dan jelas dan kebolehan mereka untuk bercakap dikhalayak ramai dengan cara yang sangat berkesan.

career campSemua peserta telah diberi peluang untuk bercakap dihadapan peserta lain dan mereka dapat rasakan bagaimana perasaan berdebar boleh mempengaruhi cara mereka bercakap dan berfikir. Saya juga kongsikan beberapa teknik dalam mengawal rasa berdebar supaya mereka dapat bercakap dengan tenang dan teratur.

Mesej saya kepada anda hari ini ialah, jika anda sedang belajar sekarang dan mendapat peluang untuk menghadiri kursus-kursus sebegini, jangan sekali-kali anda lepaskan. Kursus-kursus pembangunan diri begini sangat penting untuk diri anda. Saya faham, anda mungkin belum dapat melihat kepentingan menghadiri kursus-kursus begini kerana saya lihat ramai pelajar yang terlalu sayangkan masa tidur mereka di hujung minggu lalu tidak mahu menghadiri kursus begini walaupun ia percuma.

Jika kursus-kursus ini perlu dibayar, anda perlu belajar untuk membayarnya demi pembangunan diri anda. Selalunya saya lihat jumlah yang perlu dibayar oleh pelajar tidaklah terlalu tinggi. Jika anda terlalu sayangkan duit beberapa ringgit, anda mungkin terlepas peluang yang boleh menggandakan duit anda tadi di masa hadapan.

Jadi, mula cari kursus-kursus atau seminar yang anda boleh hadiri di tempat anda belajar sama ada ia percuma atau perlu dibayar. Mula belanjakan duit anda kearah pendidikan seperti membeli buku-buku pembangunan diri dan buku-buku yang menambahkan kemahiran anda di dalam bidang anda sendiri. Belanjakan juga duit anda untuk kursus-kursus yang berguna untuk anda. Saya percaya anda akan rasa bertuah dan bersyukur dengan tindakan anda ini suatu hari nanti.

p/s Tahniah kepada para peserta Career Expose Camp kerana tabah dan cekal menghadapi semua cabaran sepanjang program dijalankan. :)

peluang belajarJika anda hanya memandang pada peluang yang melintas di depan anda, ia pasti akan meninggalkan anda. ~Osman Affan~

Peluang tidak selalu datang dalam hidup anda. Lebih buruk lagi jika anda melepaskan peluang yang anda ada. Selalunya anda akan kesal kerana melepaskan sesuatu peluang selepas ia telah berlalu. Sama seperti penjelasan saya di bulan Ramadhan dulu, semasa waktu siang di bulan ramadhan, makanan yang tidak menyelerakan pun nampak sedap dan membuat anda terliur. Ia jadi begitu kerana anda tidak boleh memakannya. Waktu itu anda mungkin menyesal kerana tidak makan makanan tersebut pada waktu lain (selain siang di bulan Ramadhan).

Begitu juga dengan pelajaran. Ia merupakan satu peluang yang berdiri di depan anda. Jika anda lepaskan peluang itu dengan tidak belajar bersungguh-sungguh, peluang itu pasti meninggalkan anda. Sedar-sedar nanti, apabila anda sudah bekerja dan menghadapi kesukaran untuk maju, anda terasa menyesal kerana membiarkan peluang belajar tadi meninggalkan anda…….

universiti malayaPada hari Jumaat lalu, saya mengendalikan satu program dengan tajuk diatas. Peserta program ini ialah mahasiswa dan mahasiswi di Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Program ringkas ini bertujuan membuka minda peserta tentang apa yang boleh mereka lakukan selepas mereka tamat belajar. Secara khususnya, mereka didedahkan kepada satu teknik asas dalam mencari idea perniagaan.

Dalam masa yang singkat ini, saya cerita tiga langkah asas dalam mencari idea perniagaan yang menguntungkan dan cara untuk mengekalkan diri untuk meneruskan perniagaan walaupun menghadapi kesukaran.

Jika saya tanya anda, anda akan memilih untuk bekerja atau berniaga?…… Hmmm… jawapannya tentulah bergantung kepada banyak perkara bukan…… satu mesej yang saya cuba sampaikan kepada peserta program ini ialah…. membuat perniagaan boleh kelihatan sangat menyeronokkan kerana peluang pendapatan adalah tidak terhad dan peniaga biasanya banyak yang terluang untuk diri mereka sendiri. Namun, tahukah anda bahawa perjalanan dalam dunia perniagaan tidak selalunya lancar?

Dengan pengetahuan bahawa pasti akan ada halangan dan ujian dalam dunia perniagaan, saya ceritakan serba sedikit apa yang peserta perlu sediakan secara mental supaya usaha mereka untuk berjaya bergelar usahawan berjaya akan tercapai. Saya ucapkan selamat berjaya….! :)

Kemudian….. saya tahan nafas…. dan ketuk pintu bilik itu…… “Masuk!!” saya dengar… macam nak makan orang je diorang ni fikir saya…… Saya berdiri menghadap 3 KP yang berada di meja utama di hadapan saya. Ada dua KP lagi di sebelah kiri dan seorang KP di bahagian belakang bilik kecil itu. “Haaa…. ko tercegat apasal…? Tak nak duduk?” kata KP Wan. Saya duduk perlahan-lahan.

Kemudian KP Amin membuka mulut….. “kau rasa kenapa kitorang panggil ko ni?”….. saya cemas….. apa nak jawab ni… saya rasa ni mesti temuduga untuk jadi KP tahun depan untuk menggantikan diorang ni…. kang salah jawab kang kena tengking lak…… Saya beranikan diri berkata, “saya rasa ni sebab temuduga untuk bakal KP tahun depan agaknya…….”… perlahan sahaja suara saya.

KP Zam menyambung…. “Haaa…. ko rasa ko layak ke jadi KP ni…?!” ishhhh…dalam hati saya…. kenapa la diorang ni brutal sangat hari ni….. tak makan breakfast kat dewan makan ke pagi tadi……

“Kalau tanya saya, saya rasa saya layak…..” saya beranikan diri kata begitu…. berdebar nak tunggu respond dari KP-KP tu.

“LAYAKKKKK!!!!!???” bukan ko ke awal tahun dulu kena ragging dengan KP sebab dapat surat dari orang perempuan…??!

Aiseh… saya tahu diorang mesti ungkit pasal benda tu. Padahal bukan apa sangat. Sekolah saya ni sekolah Agama. Masa awal-awal saya masuk dulu, saya ada terima kiriman surat dari seorang kawan perempuan dari terengganu…. bukan teman wanita ke apa, kawan baik biasa masa kat sekolah… tu pun diorang buat kecoh sampai denda saya dalam bilik macam banduan……. kelakar pulak bila diingatkan semula….. :)

“itu salah faham je bang… saya rasa kita pun pernah bincang pasal benda tu…..” saya jawab dengan tersenyum…..” Saya lihat Ketua umum yang dari tadi hanya diam membisu mengangguk-anggukkan kepala beliau…….

“OK” kata KP Amin. “Kami dengar kau mungkin dilantik sebagai pengerusi persatuan silat gayung nanti….. ko nak pilih yang mana, nak jadi KP ke nak jadi pengerusi silat gayung?”

“ermmmm…. nak jadi dua-dua tak boleh ke?” tanya saya …..

“Tamaknya ko ni!!!… Larat ke ko nak jaga dua-dua jawatan tu….?” tengking KP Rafiq.

Saya terdiam….. fikir saya, saya memang tahu saya akan memegang jawatan pengerusi silat tu, tapi saya tak pernah terlintas akan diberi peluang ditemuduga untuk jadi KP. KP di sekolah saya adalah satu jawatan yang sangat disanjungi. Tradisi memilih KP memang ketat hingga bakal KP terpaksa melalui berbagai halangan dan cubaan sebelum dicalonkan.

Bayangkan, sebelum menjadi KP, KP senior akan menemuduga semua bakal KP dahulu. Mereka akan berseronok dalam proses ini. ye la, mana tak seronok melihat bakal KP terketar-ketar menjawab soalan….. Kemudian, calon yang di pilih akan dihantar ke kursus yang dianjurkan oleh golongan pemimpin pelajar ini sendiri. Setelah dilihat akan perwatakan bakal-bakal KP, barulah KP senior ini akan memberikan senarai nama yang mereka cadangakan kepada guru pengawas.

Guru pengawas pula ada calon mereka juga. jadi mereka akan lihat sama ada calon mereka sama dengan calon KP senior tadi. Jika tidak sama, mereka akan berdebat untuk memilih calon mereka. Namun selalunya cikgu pengawas akan bersetuju dengan calon KP senior kerana KP senior lebih mengenali pelajar dengan dekat kerana tinggal bersama di asrama…….

Bersambung…..