Thu 18 Jan 2007
Ini adalah tips terakhir yang akan saya kongsikan berkenaan bercakap dikhalayak ramai. Tips hari ini ialah, berlakon seolah-olah anda sudah berpengalaman bercakap di depan khalayak ramai dan berlakon seolah-olah anda sangat yakin untuk berucap.
Tips ini adalah sama seperti jika anda malas belajar atau malas membaca buku. Walaupun anda berlakon sahaja, minda anda tidak dapat membezakan sama ada anda benar-benar yakin atau berlakon. Jadi minda anda akan mengarahkan tubuh badan anda bergerak seperti seorang yang sangat yakin dan berpengalaman.
Tips ini sangat penting untuk permulaan anda mahu berucap. Dengan berlakon begini, anda akan bergerak menuju ke hadapan orang ramai dengan langkah yang yakin. Itu sudah memadai buat permulaan. Yang pentingnya, pendengar anda akan melihat anda sebagai orang yang yakin dan mula menumpukan perhatian kepada apa yang ingin anda katakan.
Selamat mencuba.
January 18th, 2007 at 9:03 am
Terima kasih En Osman diatas tips-tips yang bernas pasal public speaking. Banyak tips baru yang saya dapat dari sini. Saya akan manafaatkan setiap tips yang diberi.
Thanks a lot.
January 19th, 2007 at 10:53 am
En Remy, cuma harap tips-tips tu dapat membantu.
August 12th, 2007 at 6:25 pm
assalamualaikum.
da buat then baru nak blaja..
sy le 2 =p
br2 ni kat sklh sy dipilih jd pengacara majlis.
masyaallah..menggigil bkn main.
sblm ni x pernah2 sy dipilih tp tiba2 cikgu cadaang nm.hmm..buat je lah!org lain blh sy pn boleh!haha..malaysia boleh!
pendek cerita,abis acara tu ada la beberapa comment dr plajr llk.diorang cakap sy ckp perlahan sgt.nak wat cam ne,senyum je la..
tp lps baca tips ni insyaallah sy blh ckp dgn confident lg.thnkx!(blh ke sy kongsi beberapa tips ni dalam majalah sekolah sy?)
August 12th, 2007 at 9:06 pm
Syema,
jangan risau, pengalaman tu berharga.
Boleh kongsi tips ni, tak ada masalah, cuma jangan lupa letakkan sumbernya (www.OsmanAffan.com)