Thu 5 Jul 2007
Petua yangterakhir untuk siri 7 petua memikat hati rakan sebaya ini ialah, “elakkan diri daripada menajdi seorang terlalu sensitif dan mudah kecil hati”. Apa yang saya maksudkan dengan mudah kecil hati?
Anda tentu pernah ada kawan yang mudah sangat merajuk, hilang mood dan bersedih. Apa yang anda rasa setiap kali kawan anda ini merajuk walaupun disebabkan perkara kecil sahaja? Tentu anda rasa tidak senang bukan? Ada orang yang terlalu sensitif hingga apabila anda abaikan dia seketika sahaja pun dia boleh jadi marah dan merajuk. Aduhh…. letih kalau nak layan kawan macam ni bukan?
Masalah terlalu sensitif ini bukan sahaja masalah dikalangan kawan-kawan perempuan ye,
kawan-kawan lelaki pun sama naiknya. Cuma lelaki yang mudah hilang mood dan merajuk ni lagi buruk lah rupanya..
Tidak salah kalau anda hilang mood atau terasa hati sekali sekala tetapi jangan jadikan itu sebagai salah satu identiti anda. Silap sikit merajuk. Silap sikit bersedih. Silap sikit tidak mahu bercakap. Hmmm… kalau anda teruskan berperangai begini, saya percaya satu hari nanti anda boleh kira berapa ramai kawan-kawan disekeliling anda.
Jadi, mulai hari ini, tabahkan dan kuatkan semangat anda. Jangan hiraukan perkara sangat gurauan remeh temeh kawan-kawan disekeliling anda. Jika hati anda ceria dari dalam, tidak ada sesiapa yang boleh mengganggu keceriaan anda itu.
Selamat mencuba.
July 17th, 2007 at 7:20 pm
macam mana kalau kwn kita yg sensitif?
July 19th, 2007 at 5:00 pm
Kalau kawan sensitif sangat, jangan terlalu rapat dengan dia, nanti sama berjangkit jadi sensitif. Kalau sensistif sikit-sikit takpe, kira dia manja dengan kita pun boleh juga.