Mon 29 Jan 2007
Tenaga Fizikal atau Tenaga Fikiran (1)
Posted by Osman Affan under Khas , Cerita , Motivasi , Keyakinan Diri2 minggu lepas, saya kendalikan sesi kemahiran belajar di Pusat Tuisyen saya di Keramat Permai. Dah beberapa bulan saya tidak kendalikan program begini kerana agak sibuk dengan program diluar. Hanya cikgu yang saya latih mengendalikan program ini sejak beberapa bulan lalu.
Kerana dah lama tak buat sendiri, saya agak mati akal bila memikirkan apa yang hendak saya ceritakan kepada para pelajar saya. Kemudian, saya terlintas kisah semasa saya bekerja di sebuah restoran di Terengganu sebelum saya melanjutkan pelajaran ke United Kingdom dulu. Jadi, tajuk saya pada kemahiran belajar tersebut ialah, tenaga fikiran atau tenaga fizikal.
Sebelum saya ceritakan, ada satu peringatan daripada saya. Anda perlu gunakan pemikiran positif di sini. Maksud saya cuba lihat daripada sudut yang baik dalam apa yang saya mahu ceritakan. Ini kerana, saya pernah hadapi pendengar yang memandang cerita ini daripada sudut negatif…..
Cerita saya pada sesi tersebut ringkas dan pendek sahaja. Pada tahun 1996, semasa cuti sebelum saya memasuki tahun pertama belajar di universiti, saya bekerja sebagai pembantu kedai di sebuah kedai tomyam di Kuala Terengganu. Saya mula bekerja pada pukul 5 petang dan berakhir pada pukul 1 pagi. Setelah habis bekerja dan mengemas, saya pulang menaiki basikal dalam kegelapan malam kampung saya. Biasanya saya sampai ke rumah dalam pukul 1.30 hingga 2 pagi.
Soalan saya kepada pelajar saya, dengan kerja saya yang berat itu (secara fizikal) di mana saya perlu ambil pesanan, hantar makanan, kemas meja, bersihkan meja dan bermacam-macam lagi, berapakah agaknya bayaran yang saya terima? Berapakah agaknya bayaran yang saya terima untuk satu malam?
Ada pelajar meneka RM50, RM45, RM70, RM30 dan sebagainya. Anda rasa berapa agaknya bayarannya untuk satu malam? Hmm…. saya masih ingat… bayarannya ialah RM15 untuk satu malam. Kerja keras secara fizikal begitu cuma dapat RM15 selepas lebih 8 jam bekerja? Ya…. betul…..
Apakah mesej saya disini…….? Saya akan sambung esok……