Universiti malayaPada hari Selasa dan Rabu lalu, saya berada di Shah’s Village hotel mengendalikan program pengurusan Stress bersama staff daripada Universiti Malaya. Program dua hari ini saya kendalikan seorang diri menggunakan modul yang telah saya tulis dan majukan berdasarkan pengalaman daripada program-program yang lepas. Ada lebih kurang 30 peserta yang menyertai program ini yang terdiri daripada pegawai pentadbiran, ketua jabatan dan juga pensyarah.

Apa yang dapat saya perhatikan, setiap orang mempunyai objektif yang berbeza jika mereka mahu belajar tentang stress. Kumpulan kali ini sangat berminat untuk mengetahui apakah simptom-simptom stress. ia bermaksud, mereka sangat ingin tahu apakah tanda-tanda jika anda sedang mengalami stress. Adakah anda tahu apakah tanda-tandanya?

Saya huraikan 4 simptom utama jika anda sedang mengalami stress atau tekanan perasaan.

  1. Simptom Intelektual - contoh: Masalah memori, sukar membuat keputusan, kurang fokus dan selalu merasa keliru.
  2. Simptom Emosi - contoh: Cepat marah, hilang mood, hilang keyakinan diri dan murung.
  3. Simptom Fizikal - contoh: Sakit kepala, masalah pencernaan, gangguan tidur dan masalah kulit.
  4. Simptom Kelakuan - contoh: Lebih atau kurang makan, lebih atau kurang tidur, mengasingkan diri dan panas baran.

universiti malayaSebenarnya, semua orang ada mengalami stress setiap hari cuma kadarnya berbeza bagi setiap orang. Jika anda memandu ke tempat kerja setiap hari, anda mungkin rasa stress kerana jalan sesak atau sukar mendapat parking kereta. Jika anda pelajar, anda mungkin rasa stress kerana banyak subjek yang perlu dipelajari dan banyak kerja sekolah yang perlu disiapkan. Apa yang berbeza ialah cara anda menangani dan menguruskan stress tersebut.

Satu nasihat utama daripada saya berkenaan stress ialah, jika anda boleh mengawal kadar stress anda dengan bijak, anda akan jadi lebih bijak dan matang. Saya ada terangkan konsep ini dalam topik mengawal tekanan perasaan menjelang peperiksaan dulu. Bagaimana mahu mengawal dan menguruskannya? Perlu baca dan belajar lebih lanjut. Boleh juga baca ebook saya yang bertajuk 7 teknik motivasi diri menjelang peperiksaan. :)

Kepada peserta program Pengurusan Stress daripada Universiti Malaya, saya ucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama dan semangat ingin belajar yang ditunjukkan sepanjang dua hari program tersebut. Walaupun program ini bertajuk ‘Stress’, tetapi saya ia antara program yang paling seronok saya kendalikan….. :)