Thu 2 Aug 2007
Hmm…. beberapa hari ini saya mengalami beberapa cabaran yang menghalang saya mencoretkan sesuatu di dalam blog saya ini. Cabaran pertama ialah mengenai hosting saya ini. Ia akan tamat tempoh dalam beberapa hari sahaja lagi tetapi saya masih gagal mendapatkan hosting yang baru. Entah kenapa, ada masalah dalam proses pembelian hosting saya. Jadi saya agak sibuk membuat salinan semua isi kandungan laman web ini. Jika anda ada masuk ke blog ini pada waktu petang beberapa hari lepas, anda tentu sedar ada sesuatu yang tidak kena. Mana tidaknya, hampir semua gambar di dalam blog ini tidak keluar. Alhamdulillah, semua masalah telah berjaya diselesaikan.
Kemudian, timbul pula masalah handphone saya. Mungkin kerana terkena air yang tumpah tempohari, timbul masalah untuk saya downloadkan gambar yang saya ambil menggunakan handphone tersebut. Pening juga memikirkan bagaimana hendak selesaikan masalah ini.
Akhir sekali, cabaran biasa, kesibukan memenuhi jadual training. Training memang seronok tapi dalam masa yang sama agak memenatkan. Kadangkala, kepenatan ini boleh mengganggu kelancaran idea untuk menulis. Hmm…kalau anda biasa menulis, tentu anda juga boleh rasakan apa yang saya ingin katakan ini.
Walau apa pun, semua cabaran ini sedang cuba diselesaikan dengan cara terbaik. Doakan kejayaan saya dan juga blog ini.