tuitionBeberapa tahun lalu, semasa saya baru sahaja memulakan perniagaan pusat tuisyen, saya dapat tahu tentang satu potensi pendapatan dengan membuat home tuition. Saya ada seorang guru yang mengajar di Pusat Tuisyen saya memberitahu bahawa dia mendapat pendapatan bersih antara rm4,500 hingga rm6,000 sebulan hanya dengan membuat home tuition.

Ketika itu saya pun terfikir untuk turut sama membuat home tuition. Mana tau, kalau betul saya boleh lakukan dengan baik, mudah lah saya hendak mengumpul duit. Lagipun, saya dah biasa mengajar. Di pusat tuisyen saya sendiri, saya ada mengajar subjek sains, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Jadi, mengapa tidak mencuba bukan?

Nak dijadikan cerita, saya mendapat tawaran untuk mengajar seorang pelajar tingkatan 3. Bayaran yang ditawarkan ialah RM40 sejam. Saya punjadi bersemangat. Saya pun bersedialah untuk pelanggan pertama saya ni. Walaupun saya ni ketika itu merupakan seorang guru, otak saya sudah mula berfikir seperti seorang juru runding.

Apa yang saya buat, saya telefon ibu pelajar itu (yang menawarkan saya kerja mengajar dirumahnya itu) dan bertanyakan tentang prestasi akademik pelajar tersebut. Pelajar tersebut adalah pelajar perempuan. Apa yang saya dapat tahu, dia adalah seorang pelajar yang sangat cemerlang disekolahnya.

Di dalam peperiksaan dia selalu mendapat sekurang-kurangnya 6A. Dia cuma sedang berusaha untuk mendapatkan semua A dalam peperiksaan. Saya pun terfikir, “Kalau dah pelajar ni selalu dapat A, matematik pula selalu dapat markah 86 ke atas, apa yang perlu saya ajar?”

Dua tiga hari juga saya berfikir apa yang saya boleh bantu pelajar ni. Akhirnya saya mendapat ilham. Saya fikir, saya mahu cari di mana kelemahan pelajar ini yang menghalang dia mendapat markah penuh. Kalau selalu dia dapat markah 86%, di mana letaknya kesilapan yang 14% lagi tu. Saya sediakan beberapa latihan matematik yang saya buat sendiri dan saya sediakan satu soal jawab untuk mengetahui apakah gaya belajar yang sesuai baginya.

tuitionTiba harinya, saya pun bertolak ke rumah pelajar tersebut. Rumahnya tidak jauh daripada pusat tuisyen saya. Saya pergi dengan rasa agak berdebar. Maklumlah, nak pergi ke rumah orang yang saya tidak kenali. Saya tidak tahu bagaimana sambutan mereka dan bagaimana mereka akan melayan saya nanti sebagai seorang guru home tuition. Apakah saya akan berjaya membantu pelajar ini memajukan pelajarannya? Adakah saya akan dilayan dengan teruk seperti pengalaman-pengalaman pahit guru home tuition yang saya pernah dengar? Saya rasa berdebar macam seorang pelajar sekolah rendah yang perlu bertemu dengan guru besar…….

“Assalamualaikum…” kata saya sambil menekan loceng rumah tersebut…………………….