Keyakinan Diri


Anda adalah apa yang anda fikirkan. Fikirkan kejayaan, kejayaan akan jadi milik anda. Fikirkan kegagalan, kegagalan juga akan jadi milik anda. Jadi, apa yang ingin anda fikirkan? ~Osman Affan 

 

Apa yang anda sering fikirkan akan mempengaruhi apa yang anda lakukan. Jika anda asyik fikirkan tentang kegagalan, anda akan rasa takut untuk mencuba. Akibatnya, anda tidak akan berjaya kerana untuk berjaya, anda perlu sekurang-kurangnya mencuba. 

Alhamdulillah, hampir 2 minggu masa yang diambil untuk bercerita tentang teknik berkomunikasi. Masih ada lagi teknik-teknik lain sebenarnya, tetapi, buat masa ini, cukup sebanyak itu sahaja. Kalau banyak sangat nanti susah pula dipraktikkan. :)

osman affanSetelah saya tuliskan senarai tips-tips yang saya ingin kongsikan lebih kurang 3 minggu lalu, kebetulan pula saya diminta oleh Dr Irfan Khairi untuk mengacarakan program Nizal Talk pada akhir Disember yang lalu. Saya sendiri dapat bertemu seorang yang sangat pakar dalam bidang ini.

Abang Nizal memang terbukti hebat dalam teknik berkomunikasi berdasarkan pengalaman yang telah beliau lalui. Pendekatan Abang Nizal agak berbeza sedikit daripada pendekatan saya terhadap teknik berkomunikasi. Namun, banyak perkara baru yang telah saya pelajari daripada Abang Nizal ini. Mungkin jika dibenarkan saya boleh kongsi sedikit di sini apa yang telah abang Nizal ajarkan pada hari tersebut.

smartstudyIni adalah tips terakhir yang akan saya kongsikan berkenaan bercakap dikhalayak ramai. Tips hari ini ialah, berlakon seolah-olah anda sudah berpengalaman bercakap di depan khalayak ramai dan berlakon seolah-olah anda sangat yakin untuk berucap.

Tips ini adalah sama seperti jika anda malas belajar atau malas membaca buku. Walaupun anda berlakon sahaja, minda anda tidak dapat membezakan sama ada anda benar-benar yakin atau berlakon. Jadi minda anda akan mengarahkan tubuh badan anda bergerak seperti seorang yang sangat yakin dan berpengalaman.

Tips ini sangat penting untuk permulaan anda mahu berucap. Dengan berlakon begini, anda akan bergerak menuju ke hadapan orang ramai dengan langkah yang yakin. Itu sudah memadai buat permulaan. Yang pentingnya, pendengar anda akan melihat anda sebagai orang yang yakin dan mula menumpukan perhatian kepada apa yang ingin anda katakan.

Selamat mencuba.

smartstudyTips untuk hari ini ialah, bayangkan kesudahan yang menggembirakan. Walau sebelum anda mula berucap, di minda anda sudah bermain bermaca-macam fikiran mengenai ucapan anda itu. Adakah pendengar akan sukan ucapan anda? Adakah anda akan kelihatan bodoh di hadapan orang ramai?

Persoalan ini semua membuat anda semakin berdebar dan gambaran di dalam minda anda akan menunjukkan bahawa anda akan malu di depan orang ramai nanti.

Mengikut pengalaman saya sendiri, ketika pertama kali saya mengendalikan program untuk TUDM, saya rasa sangat berdebar, lebih berdebar daripada biasa. Debaran saya bermula pada waktu subuh lagi walaupun program akan bermula pada pukul 9 pagi.

Jadi, saya gunakan teknik ini. Saya bayangkan hari itu sudah berlalu dan saya lihat semua peserta tersenyum dan gembira dengan program yang saya jalankan. Alhamdulillah, apa yang saya bayangkan itu benar-benar berlaku. Bukan sahaja ia membantu mengurangkan rasa debaran, ia juga membantu imaginasi saya menjadi kenyataan. Jadi, saya yakin anda patut mencuba teknik ini. :)

smasrtstudyTips hari ini ialah kawal apa yang anda sebut secara tidak sedar. Tips ini mungkin sukar sedikit bagi anda. Bagaimana anda mahu mengawal sesuatu anda tidak sedar?

Semasa anda berucap atau bercakap dikhalayak ramai, anda mungkin selalu menyebut sesuatu yang dinamakan ‘fillers’. Fillers adalah perkataan atau sebutan yang anda sebut sekadar untuk melengkapkan perkataan anda. Contohnya, anda sebut ‘aaa..’, ‘err’, ‘mmmm’, ‘ehh’ dan bermacam perkataan lagi. Kadang-kadang anda selalu sebut perkataan ‘ok’ atau ‘kan’ tanpa anda sedari.

Apabila anda selalu ulang perkataan-perkataan ini tanpa anda sedari, pendengar anda akan mula mengira berapa kali anda menyebutnya. Maksudnya, pendengar anda akan mula hilang tumpuan kepada apa yang anda katakan dan mula mengira fillers anda. Contohnya, setiap kali anda sebut ‘ok’, pendengar anda akan kata dalam hati “29…..” :)

Seperti semalam, setelah anda tahu akan perkara ini, anda akan lebih mudah mengesan kesilapan ini semasa anda hendak membuat ucapan nanti. Selamat berjaya. :)

ucapTips untuk bercakap dikhalayak ramai yang seterusnya ialah kawal pergerakan anda. Jika anda perhatikan, seseorang yang sedang bercakap dikhalayak ramai mempunyai banyak gaya pergerakan. Namun, anda boleh tahu sama ada pergerakan itu menunjukkan beliau sedang berdebar atau rasa tidak yakin.

Ini kerana, jika anda rasa terlalu berdebar atau tidak yakin, anda akan lakukan pergerakan yang tidak ada kena mengena dengan apa yang sedang katakan. Contohnya, tangan anda sibuk memegang duit syiling dalam kocek seluar anda semasa berucap, menggaru-garu kepala anda yang tidak gatal, bermain dengan pen di tangan anda, bergoyang ke kiri dan ke kanan, membetulkan microphone di depan anda walaupun ia sudah elok kedudukannya dan sebagainya.

Pergerakan ini bukan sahaja menghalang anda untuk menyampaikan mesej anda, malah ia mengganggu konsentrasi pendengar anda kerana mereka akan sibuk menumpukan perhatian kepada pergerakan anda pula. :)

Jadi, mulai sekarang, perhatikan pergerakan anda semasa berucap. Anda akan sedar mana-mana pergerakan yang tidak kena dan tidak sesuai dengan mesej yang anda cuba sampaikan. Apabila anda sedar akan pergerakan ini, anda akan rasa lebih mudah untuk menghentikannya. :)

Seperti yang kita pernah bincangkan sebelum ini, antara masalah utama untuk bercakap di depan khalayak ramai ialah masalah untuk menarik perhatian pendengar. Kadangkala, anda umpama bercakap seorang diri kerana hampir semua smartstudypendengar anda sibuk menumpukan perhatian kepada perkara lain.

Dengan adanya tip semalam, anda boleh mula fikirkan tentang bagaimana cara untuk menarik perhatian mereka. Contohnya anda boleh fikirkan tentang satu fakta menarik dan anda mulakan ucapan anda dengan soalan berkenaan fakta itu. Katakan anda seorang perlu berucap didepan sahabat anda para pelajar tentang kepentingan belajar dengan bersungguh-sungguh.

Anda boleh mulakan ucapan anda dengan “Saya ada tiga soalan untuk anda. Pertama, tahukah anda bahawa purata umur rakyat di Malaysia ialah 60 tahun?” (pendengar mula berfikir…..betul ke 60 tahun…? apa yang dia nak cakap ni..?)

“Kedua, tahukah anda, kita cuma belajar disekolah selama 10 tahun iaitu daripada umur 7 hingga 17 tahun?”(pendengar terfikir lagi, betul ke…. 10 tahun je ke….?)

“Soalan terakhir saya, kalau anda gagal mendapat keputusan cemerlang semasa disekolah, tahukah anda bahawa anda akan menyesal selama 43 tahun jika anda hidup hingga usia 60 tahun?” (ketika ini pendengar akan dapat mengaitkan semua soalan anda kepada soalan terakhir ini. Mereka akan terfikir akan kebenaran soalan anda dan mula terfikir, apa agaknya lagi fakta menarik yang boleh anda berikan……)

Jadi, sebelum memulakan ucapan anda, baca buku, majalah, artikel atau apa-apa bahan bacaan menarik yang boleh dikongsikan bersama pendengar anda. Kongsikan fakta tersebut dalam bentuk soalan yang menarik. :)

smartstudySatu tip paling mudah untuk mewujudkan komunikasi dua hala antara anda dan pendengar anda ialah dengan bertanyakan soalan. Soalan membuka minda pendengar anda. Jika anda bertanya soalan, minda pendengar akan mula berfikir dan cuba mencari jawapan kepada persoalan anda.

Tetapi, mengajukan soalan bukan bermaksud anda asyik bertanya kepada pendengar semasa anda berucap. Secara ringkas, ada dua jenis soalan yang anda boleh ajukan semasa anda berucap.

  • Soalan yang mengharapkan jawapan daripada pendengar. Jika anda berucap di depan terlalu ramai orang, teknik ini tidak sesuai. Ia sesuai jika anda berucap di dalam kumpulan yang agak kecil seperti di dalam seminar atau bengkel. Anda boleh tanya peserta anda soalan dan tunggu jawapan mereka. Apabila mereka memberi jawapan, berlakulah komunikasi dua hala. :)
  • Soalan yang tidak mengharapkan jawapan. Banyak ketikanya, anda perlu menyoal soalan tetapi anda tidak harap pendengar memberi jawapan. Sebaliknya, anda sendiri yang memberi jawapan. Dengan memberikan soalan, minda pendengar anda akan terbuka dan mereka pula yang mengharapkan jawapan daripada anda. Apabila and memberi jawapan, mereka rasa seronok dan mula menumpukan perhatian kepada anda apabila anda sedang bercakap.

Contoh bentuk soalan yang anda boleh berikan semasa berucap (katakan anda sedang berucap di depan sekumpulan pelajar sekolah dan anda sedang bercerita tentang teknik belajar), “tahu tak kenapa lepas makan, kita mudah rasa mengantuk…?” atau “kenapa agaknya hantu cuma muncul pada waktu malam dan di tempat yang sunyi sahaja…?”

Anda dah cuba aktiviti semalam? Sebenarnya, kalau anda tak boleh cari pokok yang berdekatan, guna dinding pun boleh….. :)   Kesannya sama juga.

ucapanApa perasaan anda ketika lakukan aktiviti tersebut? (Kalau anda tak lakukan tips ini tidak akan memberi kesan baik kepada anda. Jadi anda perlu cuba). Ada antara anda yang mungkin kata anda tak rasa berdebar sangat bila bercakap dengan pokok. Ada yang mungkin kata anda rasa kurang malu sebab pokok takkan ketawakan anda. Cuma anda mungkin rasa malu sebab aktiviti tu macam aktiviti orang gila.

Soalan utama saya untuk tips semalam…… apakah perasaan anda bila bercakap dengan sesuatu yang tidak memberi reaksi atau maklum balas kepada anda?

Walau sehebat mana pun ucapan anda, anda pasti rasa bosan dan tidak selesa jika bercakap dengan sesuatu yang tidak memberi reaksi kan?

Mesej saya disini ialah, walaupun anda mungkin tidak akan bercakap dengan pokok, anda mungkin bercakap dikhalayak ramai seperti anda anda sedang bercakap dengan pokok! Bagaimana pula?

Apabila anda bercakap dikhalayak ramai, jika anda seorang sahaja yang bercakap tanpa maklum balas dan reaksi daripada penonton, anda umpama bercakap dengan pokok. ia juga dinamakan bercakap satu hala.

Apa yang anda perlu sedar ialah, jika orang rasa bosan bila anda bercakap dikhalayak ramai, anda mungkin bercakap satu hala sahaja. Anda seolah-olah bercakap dengan pokok. Apabila anda bercakap begitu, anda akan lihat penonton anda mula menunjukkan muka bosan, menguap, bercakap sesama sendiri atau buat sesuatu perkara lain dan tidak beri tumpuan kepada anda.

Soalan yang patut anda ajukan kepada saya selepas membaca tips ini ialah, bagaimana caranya untuk mewujudkan perhubungan atau komunikasi 2 hala? Bagaimana caranya supaya anda tidak bercakap umpama bercakap dengan pokok?

Bagus….. kita bincangkan perkara tersebut esok….. :)

Tips hari ini saya nak suruh anda buat sesuatu yang pelik sedikit. Saya mahu anda cari sebatang pokok (yang hidup atau mati, yang besar atau kecil.)

ucapanBerdiri mengadap pokok tersebut…. dan…. cuba bercakap dengan pokok tersebut……

Cuba bercakap dengan nada yang menarik, naik dan turun….. cuba buat memek muka yang menarik…. adakah anda rasa malu jika anda lakukan perkara tersebut.

(Tips: jangan lakukan perkara ini apabila ada orang disekeliling anda. Nanti orang ingat anda gila… :)   )

Setelah anda cuba bercakap dengan pokok tersebut dengan cara terbaik anda, apa yang anda rasa….? Cuba perkara ini dan kita sambung perbincangan ini esok.

Selamat mencuba.

 

« Previous PageNext Page »