Sat 16 Jun 2007
Hari Rabu lalu saya berada di Lata Kinjang Perak bagi menjayakan satu program anjuran bersama pelajar Universiti Teknologi Petronas dan KEMAS di sekolah kebangsaan Sri Kinjang. Program yang saya kendalikan adalah untuk pelajar tahun 4, 5 dan 6.
Setelah berbual dengan guru penolong kanan, guru besar dan urusetia program ini, saya dimaklumkan bahawa 2/3 daripada peserta ini terdiri daripada anak-anak orang asli. Program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap motivasi pelajar disamping mendedahkan pelajar kepada beberapa teknik belajar yang berkesan.
Satu sesi yang saya rasa amat menarik semasa program ini ialah, saya menyuruh pelajar melukis diri mereka ketika mereka berusia 25 tahun. Ini bermakna mereka perlu melihat lebih 10 tahun ke depan. Apa yang saya dapati, memang menarik cita-cita dan imaginasi kanak-kanak berusia antara 10 hingga 12 tahun. Mereka mempunyai imaginasi dan cita-cita yang sangat tinggi.
Saya sangat tertarik dan merasa bersemangat apabila melihat hasil lukisan pelajar-pelajar ini. Walaupun mereka bukanlah pelukis professional, mereka dapat lukis apa yang mereka imaginasikan di masa hadapan. Persoalannya, bolehkan anda mengimaginasikan masa depan anda begini?
Satu perkara yang membuat pelajar ini seronok melukiskan imaginasi dan cita-cita mereka ialah, mereka tidak memikirkan tentang kesukaran dan masalah berkenaan mencapai cita-cita tersebut. Fikiran mereka bebas dan kreatif. Fikirkan orang dewasa selalunya lebih terhalang kerana mereka asyik memikirkan tentang perkara-perkara yang boleh menghalang mereka daripada mencapai cita-cita. Contohnya, jika mereka mahu beli kereta baru, mereka fikir tentang masalah kewangan. Jika mahu berniaga, mereka fikirkan tentang risiko kerugian. Jadi, mereka tidak bergerak langsung lalu mereka kekal di takuk lama.
Ini juga boleh jadi satu latihan bagi anda. Apa kata anda lukiskan diri anda 5 hingga 10 tahun
akan datang. Bagaimanakah keadaan anda ketika itu? Apakah kejayaan yang telah anda capai? Apakah yang anda miliki? Dimanakah anda tinggal? Apakah pekerjaan anda?
Lihat contoh-contoh lukisan yang saya paparkan kat sini. Lukisan anda tidak perlu cantik. Apa yang penting, lukisan anda itu boleh mencetus rasa semangat. Jangan letak apa-apa halangan. Biar cita-cita anda tinggi hingga mampu menaikkan semangat anda.
Satu perkara lagi yang anda perlu tahu, anda tidak perlu jadi apa yang orang mahu anda jadi. Seperti lukisan pertama di atas, pelajar bernama Aiman ini bercita-cita mahu menjadi seorang Chef, bukan pekerjaan professional seperti doktor, peguam atau jurutera. Ini adalah cita-citanya. Saya kagum melihat dia dapat melukis cita-citanya dengan begitu jelas.
Saya ucapkan terima kasih kepada urusetia daripada Universiti Teknologi Petronas terutamanya Farhana dan Faizal kerana menjemput saya untuk menjayakan program ini. Saya juga ingin ucapkan tahniah atas kejayaan mengendalikan program yang berskala agak besar ini. Semoga ini menjadi satu pengalaman yang sangat berharga untuk pihak urusetia di masa akan datang.
Isnin lalu, saya berada di Hotel Seri Malaysia Bagan lalang untuk mengendalikan satu sesi membina keyakinan diri bersama pelajar antarabangsa Univerisiti Islam Antarabangsa. Program ini sebenarnya bertujuan untuk membantu para pelajar mengatasi rasa takut mereka untuk bercakap di dalam kelas, bersemuka dengan pensyarah dan juga bercakap di khalayak ramai.
Kadangkala, anda mungkin mahu menyatakan sesuatu yang baik. Tetapi, cara anda bercakap, nada suara anda, gerak geri tubuh badan anda boleh menimbulkan salah faham. Salah faham ini selalunya membuat pensyarah terasa seperti anda sedang berkelakuan biadab dan tidak menghormati mereka. Jadi, saya terangkan beberapa perkara yang perlu dilakukan supaya salah faham ini tidka berlaku dan supaya hubungan baik antara pelajar dan pensyarah dapat dijalinkan.
Sabtu lalu buat pertama kali saya menjalankan program bersama UITM Kedah di Hotel Swiss Inn Kedah Darul Aman. Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang tips, teknik dan kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi dunia pekerjaan kelak. Peserta terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi dalam pengajian BBA Marketing dan juga Islamic Banking.
Alhamdulillah, program hari tersebut berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa dugaan dalam bentuk teknikal yang tidak dapat dielakkan. Saya juga dapat pelajari sesuatu yang baru melalui salah seorang Penceramah jemputan iaitu En Johan mengenai ‘table manners’ dan grroming technique. Hmmm… memang banyak yang kita boleh pelajari kalau datang ke program-program sebegini sebenarnya. Saya percaya semua peserta sangat bertuah dan beruntung kerana dapat menyertai program ini dengan kemahuan mereka sendiri.
Hari Rabu dan Khamis yang lepas, saya berada di Terengganu Darul Iman bagi menjalankan program SmartStudy Learning Skills untuk dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Kubang Ikan dan Sekolah Kebangsaan Durian Burung. Program ini adalah untuk pelajar tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR bulan September ini.
Setelah pelajar itu semua keluar daripada bilik guru besar, mereka kelihatan gembira dan bangga. Saya pergi kepada beberapa orang pelajar tersebut dan cuba bertanya apa yang guru besar kata di dalam bilik tadi. Seorang kawan saya menjawab..” Aduhhh.. kitorang kena rotan tadi tu…..”. Dia berkata begini dengan muka tersengih-sengih. Seorang lagi menyambung lawak kawan saya ini, “ye la… abis lebam badan aku kena rotan…” kemudian mereka ketawa dan tidak menjawab soalan saya tadi….
Berkawan dengan semua orang tetapi pilih siapa yang patut jadi kawan baik anda. Apabila anda bergaul dengan orang-orang disekeliling anda, anda harus pandai menyesuaikan diri. Ada satu kenyataan yang pernah saya baca menyatakan, anda mempunyai personaliti yang sihat apabila anda boleh bergaul dengan pelbagai jenis orang daripada pelbagai jenis latar belakang.
Ketika saya bekerja di PriceWaterHouseCoopers, saya selalu habiskan waktu lapang saya di MPH bookstore di Midvalley megamall. Kadang-kadang saya berada disana dari pagi hingga ke petang. Seronok baca buku kegemaran saya terutama tentang psikologi dan potensi manusia. Semakin banyak saya membaca, saya sedar satu perkara. Saya mula sedar kenapa saya selalu rasa ada konflik dalam diri saya setiap kali saya lakukan kerja saya sebagai Audit Associate di syarikat tadi.
Jika anda sekarang sedang belajar di sekolah menengah, kolej atau universiti, pernahkah anda terfikir bagaimana agaknya keadaan selepas anda tamat belajar dan memasuki dunia pekerjaan? Dulu, saya sendiri selalu terfikir tentang perkara sebegini. Namun, sayangnya saya tidak ada jawapan untuk soalan tersebut. Jadi saya terus hanyut dalam kesibukan sebagai seorang pelajar tanpa mengetahui apa sebenarnya yang perlu saya ada untuk menempuh kehidupan dalam dunia selepas tamat pengajian.