Wed 24 Jan 2007
Soft Skills- Kemahiran Dunia Sebenar
Posted by Osman Affan under Cerita , Motivasi , Keyakinan Diri , Soft SkillsNo Comments
Jika anda sekarang sedang belajar di sekolah menengah, kolej atau universiti, pernahkah anda terfikir bagaimana agaknya keadaan selepas anda tamat belajar dan memasuki dunia pekerjaan? Dulu, saya sendiri selalu terfikir tentang perkara sebegini. Namun, sayangnya saya tidak ada jawapan untuk soalan tersebut. Jadi saya terus hanyut dalam kesibukan sebagai seorang pelajar tanpa mengetahui apa sebenarnya yang perlu saya ada untuk menempuh kehidupan dalam dunia selepas tamat pengajian.
Akibatnya, saya hadapi kesukaran sewaktu mencari pekerjaan yang saya mahu. Saya hadapi kesusahan untuk mencari pekerjaan sebenar yang saya idam-idamkan. Kerja yang saya cari selepas tamat pengajian adalah kerja yang sesuai dengan kelulusan saya. Begitulah sepatutnya kan?
Kerja pertama yang saya lakukan sebaik sahaja tamat belajar adalah sesuatu yang ada kena mengena dengan pelaburan. Saya masih tidak pasti pelaburan itu sah atau penipuan, tetapi apa yang saya ingat ialah tidak ada gaji, cuma komisyen jika saya berjaya mendapatkan pelabur. Saya bekerja di situ cuma selama sebulan. Mana tahan kerja kalau tak ada gaji kan?
Kemudian saya ditawarkan kerja sebagai Technical Sales Executive oleh sebuah syarikat di Kelana Jaya. Kerja dalam bidang pemasaran atau jualan dan juga kerja dalam industri yang patut diterajui oleh pelajar dalam bidang engineering. Saya tidak memikirkan soal sesuai atau tidak ketika itu kerana bagi saya, baik ada kerja daripada tak ada kerja langsung. gaji yang ditawarkan juga sangat berpatutan.
Saya kekal di sana selama 8 bulan kerana saya berjaya mendapat kerja yang sesuai dengan kelayakan saya dan kerja di satu tempat yang mempunyai imej yang tinggi iaitu PriceWaterHouseCoopers Chartered Accountant. Saya kekal di sini selama 3 tahun sebelum saya buat satu keputusan yang terbesar dalam hidup saya ketika itu.
Persoalannya, mengapa saya buat keputusan untuk berhenti kerja di syarikat yang berprestij dan berpeluang menjadikan saya menjawat jawatan yang sangat tinggi suatu hari nanti…?
Saya akan sambung cerita ini esok……..
Semalam (22/1/07), saya terlibat dalam rakaman satu rancangan Motivasi TV RTM “Get Set Go” yang biasa ditayangkan pada pagi hari Ahad. Rakaman dijalankan di Taman Tasik Titiwangsa. Saya dijadualkan menyiapkan 3 episod. Tajuk-tajuk saya adalah berkenaan konsep SmartStudy hasil tulisan saya sendiri iaitu persediaan minda, teknik belajar dan psikologi peperiksaan.
Bila sampai, cuma ada 2 krew sahaja di situ. Yang lain belum sampai. Tekpe la, boleh rehat dan breakfast dulu. Tetapi sampai pukul 10 pagi pun krew belum sampai. Rupa-rupanya ada miscommunication. Jadi, lebih kurang pukul 11 lebih baru krew datang.
Dugaan….. semasa scene kedua untuk episod kedua dirakamkan, cuaca semakin mendung…. pengarah mula mencari ‘angle’ yang sesuai supaya cahaya mencukupi. Rakaman perlu dihabiskan hari ini.
Akhirnya, setelah berteduh beberapa ketika dan melihat masa yang menunjukkan hampir pukul 5 petang, pengarah membuat keputusan bahawa rakaman perlu di tangguhkan ke hari Rabu ini…..
Beberapa hari lepas, saya menemani Dr Irfan menghadiri temuramah rancangan RTM Al-Bayan. Episod itu membincangkan tentang penagnggur terhormat. Rancangan ini dikendalikan oleh sahabat saya juga Fadzli Yusuf. Fazli ni junior saya di Kolej Islam Sultan Alam Shah dulu, tetapi tak sempat berkenalan kerana tahun beliau memasuki KISAS (1996), saya sudah tamat belajar di KISAS dan memulakan pengajian A-Level di Shah Alam.
Saya menghadiri program “World Internet Summit” di Park Royal Hotel, Kl bermula semalam hingga isnin ini. Sewaktu pembukaan program itu, seorang penganjur berkongsi kisah beliau di zaman persekolahan. Kata beliau,