osman affan27/1/2007 (sabtu lalu), selepas saya membantu Dr Irfan Khairi dalam worksyop Jutawan Internet beliau, dan juga setelah selesai sesi bersama pelajar UKM (kenali potensi diri), saya bergegas ke Melaka untuk satu penggambaran rancangan realiti tv yang bertajuk, Tun Sri Lanang.

Rancangan ini adalah berkenaan membentuk bakal pemimpin di masa depan di kalangan remaja. Peserta untuk rancangan ini adalah dipilih daripada para pengakap terbaik di seluruh Malaysia.

Menarik sungguh cara rancangan ini dijalankan. Rancangan 13 episod ini akan memberi latihan kepada peserta dalam aspek kepimpinan, kerjasama kumpulan, kreativiti dan juga keterampilan diri. Peserta jga akan disingkirkan satu persatu selepas mereka diberi beberapa jenis ujian. Tujuannya adalah untuk memilih peserta yang paling berkaliber dan mempunyai tokoh kepimpinan di kalangan mereka.

osman affanSaya dijemput untuk menjadi juri dan juga menyampaikan ceramah dalam satu sesi yang bertajuk IT dan Global. Saya berpeluang menerangkan kepada para peserta apakah perkara-perkara yang boleh mereka lakukan dengan internet dan bagaimana internet boleh menghasilkan pendapatan. Disamping itu, saya berikan mereka beberapa tips perniagaan internet yang ada berkait rapat dengan sifat-sifat hebat seorang pemimpin.

Untuk maklumat lanjut, boleh lawati http://www.osmanaffan.com/srilanang.htm