osman affanPertama sekali, saya ucapkan terima kasih kepada urusetia simposium kerjaya UKM kerana menjemput saya ke UKm semalam (27/1/2007). Pelajar je semua ni, tapi mereka telah jalankan tugas yang hebat kerana menganjurkan program yang sangat berguna kepada para pelajar ini. Saya telah dijemput untuk berbicara dengan pelajar dalam satu sesi yang dinamakan ‘kenali potensi diri anda’.

Semalam (27/1/2007) tu sebenarnya saya sedang membantu Dr Irfan Khairi menjalankan program Jutawan Internet beliau. Saya bantu beliau hingga lebih kurang pukul 10.20 pagi dan segera bertolak ke Bangi untuk sesi saya tadi pada pukul 11.30 pagi. Kelam kabut jugak la sekejap berkejar ke sana ke mari. :)

osman affanAlhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Lebih 400 orang pelajar yang hadir pada sesi tersebut. Majoritinya pelajar perempuan. Seronok pulak saya mengusik-usik bebudak lelaki yang sikit bilangannya tu. :)

Sesi tersebut adalah berkenaan mengenali dan mencapai potensi diri. Kebetulan, memang itu yang ingin saya ceritakan dalam beberapa hari ni. Sekali lagi, terima kasih kepada urusetia simposium kerjaya UKM kerana menjemput. Terima kasih juga kepada semua peserta sesi tersebut kerana…… mereka ni benar-benar ’sporting’ dan ceria semasa sesi saya dijalankan. :)