March 2007


TNB DistributionPada 29 Mac, saya berada di Residence Hotel, Bangi menjalankan program bersama para pegawai TNB Distribution. Program ini bertajuk ‘Successful Habits’.

Di dalam program ini, saya kongsikan 3 tips penting mengenai ‘habit’. Habit atau tabiat ialah sesuatu yang kita biasa lakukan dan kita lakukannya tanpa berfikir. Contohnya jika anda terkejut dan anda menyumpah-nyumpah, itu adalah satu tabiat buruk anda. Tabiat ini sukar untuk dikawal bukan? Sebenarnya, inilah persoalan utama yang ingin dijawab di dalam program ini, bagaimana hendak mengawal tabiat yang buruk begini dan bagaimana hendak menghentikannya kerana ia dilakukan tanpa kita sedari.

Di dalam program ini, saya ceritakan 3 topik utama:

  1. Bagaimana tabiat terbentuk
  2. Bagaimana menghentikan tabiat yang tidak diingini
  3. Bagaimana mahu mencipta tabiat baru yang diingini

Saya akui, tabiat buruk sukar dihentikan bak kata pepatah, “Old habits die hard”. Saya sendiri juga hadapi kesukaran untuk menghentikan beberapa tabiat buruk yang sudah sebati dengan diri saya sendiri. Namun, dengan tiga tips yang saya kongsikan dengan para peserta ini, menghentikan tabiat buruk adalah lebih mudah dan berkesan. :)

 

Pada 26 hingga 28 Mac lalu, saya berada di Agrotek Resort, Ulu Langat. Saya bersama sahabat-sahabat saya daripada syarikat Reliance Standard menjalankan program teambuiding untuk para pensyarah dan eksekutif Kolej Komuniti Bentong.

Program ini bertujuan membentuk dan memupuk semangat bekerjasama di antara para peserta. Sudah menjadi lumrah, walaupun kita bekerja di tempat yang sama setiap hari selama beberapa tahun, semangat untuk bekerjasama agak sukar dipupuk kerana setiap orang mempunyai matlamat atau agenda mereka yang tersendiri. Namun, jika semua pekerja dapat disatukan dalam satu program dan didedahkan kepada satu matlamat yang ingin dicapai bersama, insyaallah semangat kerjasama akan wujud.

kolej komuniti bentongIni adalah kerana, satu matlamat bersama yang ingin dicapai akan menguntungkan semua pihak. Di dalam program ini, peserta juga dapat memahami konsep anjakan paradigma atau lebih mudah difahami dengan konsep persepsi. Dengan persepsi yang betul, setiap orang akan dapat memahami apa yang berlaku disekeliling mereka dan mereka akan kurang bersikap mementingkan diri sendiri.

Saya ucapkan tahniah kepada semua peserta kerana berjaya meluahkan pendapat mereka di akhir program ini. Tahniah juga kerana berjaya mengharungi cabaran luar program ini seperti aktiviti jungle trekking dan solo drop. :)

Pada 24 Mac lalu, saya ke Ipoh Perak untuk satu program SmartStudy bersama mahasiswa dan mahasiswi di UITM Seri Iskandar Perak. Saya menginap di Ipoh pada hari Jumaat dan bercadang keluar awal pagi ke UITM Perak kerana saya tidak pernah ke sana. Pada waktu malam hari Jumaat itu, saya telah bertemu kawan baik saya semasa belajar di UK. Beliau telah memberikan peta ringkas tetapi lengkap untuk pergi ke UITM Perak. Jadi saya rasa agak yakin untuk ke sana.

Tepat 6.30 pagi, Sabtu, 24 Mac 2007, saya keluar daripada hotel saya menginap dan memandu ke Bandar Seri Iskandar. Saya jangka saya boleh sampai dalam pukul 7.30. Lebih selesa kalau sampai awal kerana program itu akan bermula pada pukul 8.30 pagi. Setelah lebih 30 jam memandu, saya rasa tenang kerana jalan yang sahabat saya tunjukkan semalam sangat mudah diikuti.

uitm perakKemudian, entah bagaimana, saya nampak satu papan tanda ke UITM. Yang peliknya, mengikut papan tanda itu, saya harus membelok kekiri. Dalam peta sahabat saya semalam tidak ada pula menunjukkan saya perlu ke kiri. Saya pun ikut sahaja ke kiri dan jumpa beberapa lagi papan tanda ke UITM. Jadi saya yakin saya ikut jalan yang betul. Malangnya, semakin lama saya ikut, semakin jauh pula rasanya. Sampai satu tempat, papan tanda itu sudah tidak ada lagi. Saya rasa pelik dan sedikit risau kerana sudah hampir pukul 8 pagi. Saya hubungi sahabat saya semula dan rupa-rupanya, papan tanda itu adalah untuk ke UITM Kota, bukan ke UITM Seri Iskandar. Dah salah.

uitm perakKelam kabut saya patah balik semula. Semasa berpatah balik, saya ternampak satu papan tanda ” Seri Iskandar, 30 KM”. Hehe, saya tersenyum sorang-sorang. Punya la jauh saya tersesat. Masa dah dekat 8.10 pagi. Saya teruskan juga ke Seri Iskandar. Saya anggap ini cuma satu dugaan dan cabaran yang nak menguji kesungguhan saya. Alhamdulillah, saya sampai ke UITM Seri Iskandar, tepat 8.40 pagi, terlambat juga. Pelajar dan pensyarah juga sudah tiba menunggu saya. Malu juga sampai lambat ni tetapi saya tidak boleh asyik terfikir tentang perkara tersebut kerana ia akan mengganggu konsentrasi saya terhdapa program tersebut.

 

uitm perakAlhamdulillah sekali lagi, program SmartStudy Learning Skills berjalan dengan lancar. Saya dapat habiskan tajuk-tajuk yang saya sediakan dalam masa yang diberikan. Saya percaya sedikit sebanyak, peserta program ini berjaya mendapat ilham dan cara untuk memajukan diri mereka.

Saya ucapkan terima kasih kepada urusetia program ini terutamanya Ms. Asniza dan Ms. Noraini yang banyak membantu. Saya ucapkan terima kasih juga kepada para pensyarah yang turut hadir menceriakan program tersebut. Kepada para peserta program tersebut (terutamanya Wan dan Qayyum yang paling banyak kena usik) saya ucapkan selamat berjaya dan semoga satu hari kita akn berjumpa lagi dalam satu suasana kejayaan, keceriaan dan kegembiraan. :)

Tip hari ini adalah untuk anda pelajari bagaimana mahu memasukkan audio seperti muzik atau bunyi khas, bagaimana memasukkan imej atau gambar dan bagaimana memasukkan klip video. Seperti yang saya ada terangkan sebelum ini, PowerPoint membantu anda mewujudkan persembahan visual yang menarik. Ini boleh dilakukan dengan memasukkan imej, gambar dan klip video. Presentation anda juga boleh jadi menarik jika anda boleh masukkan muzik atau kesan bunyi khas pada mana-mana tempat yang sesuai.

power pointKita mulakan dengan bagaimana memasukkan imej dahulu. Mudah sahaja. Pada panel utama anda, klik insert –> Picture –> From file. Kemudian buka folder di mana anda menyimpan gambar yang hendak anda masukkan itu. Klik pada gambar itu dan klik ok. Jika gambar itu besar, anda akan lihat ia memenuhi slide anda. Kadangkala ia jauh lebih besar daripada saiz slide anda. Apa yang perlu anda lakukan ialah mengecilkan gambar itu dengan klik pada bucu gambar itu, ‘drag’ ke dalam hingga ia menjadi lebih kecil.

Anda juga boleh masukkan imej berbentuk ‘animation’. Setelah anda masukkan imej yang berbentuk animation, ia akan bergerak apabila anda memulakan ’slide show’.

Ada beberapa tips untuk imej dan gambar:

  • Gambar sangat bagus untuk untuk membuat presentation anda lebih jelas. Gunakan gambar yang berkenaan dan jika boleh, gambar yang tidak sensitif. Saya pernah buat satu program untuk pelajar UIA yang disertai oleh pelajar luar negara iaitu daripada negara-negara Afrika. Kebetulan, saya tengah ceritakan penderitaan orang-orang yang tidak mempunyai makanan yang cukup dan menderita kebuluran. Gambar-gambar yang saya tunjuk pula kesemuanya adalah orang-orang daripada benua afrika. Jadi gambar-gambar ini membuat peserta saya agak tidak selesa dan mereka menyatakan perasaan mereka kepada saya selepas program tersebut. Walaupun saya tidak ada niat hendak membuat sesiapa merasa sensitif, saya perlu lebih berhati-hati dengan apa yang saya tunjukkan.
  • Jika anda ada kamera digital, proses menggunakan gambar ini akan jadi lebih mudah. Jika anda ceritakan tentang kawasan perumahan yang kotor contohnya, anda boleh ambil gambar-gambar sebenar dan tunjukkan kepada penonton anda.
  • Jika anda tidak ada gambar yang sesuai dan anda masih memerlukan gambar untuk membantu presentation anda, anda boleh cari gambar-gambar itu diinternet. Contohnya, masuk ke www.google.com. Klik pada ‘image’ dan taip gambar apa yang anda cari. Apabila anda sudah jumpa gambar yang anda mahukan, ‘right klik’ pada gambar itu, dan ’save picture as’ di dalam komputer anda.

Selamat mencuba.

“99% kegagalan datang dari orang-orang yang suka memberi alasan.” ~George Washington Carver~

Ada dua perkara yang anda boleh faham tentang mutiara kata ini. Pertama, jika anda suka memberi alasan tentang apa sahaja, anda mungkin masih gagal mencapai apa yang anda inginkan sampai ke hari ini. Kedua, jika anda masih lagi gagal mencapai apa sahaja yang anda inginkan, fikir semula, adakah anda suka memberi alasan atas kegagalan anda? Jika ya, berhenti mencari alasan. Tumpukan tenaga anda kepada mencari jalan untuk mencapai kejayaan dan mencapai apa sahaja yang anda inginkan. :)

buku smartstudyInsyaallah, akhir bulan April, buku kedua hasil tulisan saya akan keluar di pasaran. Dah hampir 6 bulan buku ni berada dalam proses penerbitan dan semalam saya telah lihat rupa akhir buku tersebut.

Asalnya, saya hanya menulis modul untuk program kemahiran belajar di Pusat Tuisyen saya di Kuala Lumpur. Hampir setiap minggu saya jalankan program ini selama setahun dan kemudian timbul idea untuk mengumpulkan hasil idea program saya dalam bentuk buku. Pada November 2004 saya mula menulis. Jika tidak silap saya ketika itu bulan puasa. Saya menulis setiap hari selama 20 hari. Ketika itu juga, tunang saya sedang belajar memandu kereta (sekarang ini isteri saya). Saya bawa semua bahan-bahan saya untuk menulis semasa menemani isteri saya ini belajar memandu. Kira bersemangat juga la nak menulis masa tu.

Hasilnya, setelah 20 hari berlalu, buku pertama saya telah siap. Namun, setelah saya berbincang dengan seorang rakan, saya dapati buku itu terlalu panjang. Jadi, saya buat keputusan untuk membahagikan buku itu kepada tiga bahagian iaitu yang pertama: Persediaan minda untuk menjadi pelajar cemerlang. Buku ini adalah langkah pertama pelajar untuk menjadi cemerlang kerana, tanpa persediaan minda, pelajar sama ada tidak akan terfikir pun untuk menjadi cemerlang atau mereka mereka tidak ada kebolehan untuk menjadi pelajar cemerlang.

buku smartstudyBuku kedua pula bertajuk Kemahiran Belajar. Di dalam buku ini, saya terangkan beberapa teknik belajar yang utama seperti teknik menghafal, teknik membuat nota kreatif, teknik pengurusan masa, teknik bacaan pantas dan juga beberapa tips dan petua untuk pelajar belajar dengan lebih berkesan.

Saya percaya buku ini sangat penting kerana majoriti pelajar yang saya temui tidak pernah belajar secara langsung bagaimana mahu belajar sesuatu dengan cepat dan ingat apa yang dipelajari itu dalam jangka masa yang panjang. Ini adalah kemahiran yang pelajar sangat perlukan.

Buku ketiga saya yang akan terbit sebelum akhir tahun nanti pula bertajuk Psikologi Menghadapi Peperiksaan. Buku ini saya ceritakan bagaimana mahu membuat persediaan akhir dan bagaimana mahu mengawal emosi dan tekanan perasaan akibat peperiksaan ini. Saya berikan banyak tips dan teknik untuk bersedia menghadapi peperiksaan yang sebenar.

Jika tidak silap saya, akhir bulan April nanti ada satu pesta buku di PWTC Kuala Lumpur. Saya akan berada di sana pada 1 mei untuk sesi pelancaran dan promosi kedua-dua buku saya ini. Jika anda berada di sana ketika itu, singgah-singgah di tempat promosi saya…. :)

Apabila anda membuat design latar belakang di master slide, setiap kali anda klik untuk keluarkan slide baru, design yang anda gunakan di master slide ini akan keluar. Jadi, anda perlu fikirkan latar belakang yang sesuai untuk presentation anda. Ada beberapa tips untuk rekaan atau design untuk master slide anda.

  • Gunakan warna yang menyerlahkan tulisan anda. Anda boleh gunakan kombinasi warna terang seperti merah atau biru dengan warna yang lembut seperti warna kuning atau biru muda. Anda lihat dan cuba sendiri kombinasi warna manakah yang sesuai untuk anda.
  • Jika anda mahu gunakan gambar, pastikan gambar itu tidak terlalu terang hingga menggangu penonton melihat tulisan anda. Apa yang saya biasa lakukan ialah, saya akan turunkan ‘transparency’ gambar tersebut menggunakan perisian Macromedia Fireworks. (Lihat contoh)
  • Jika anda mahu gunakan gambar dan anda tidak tahu cara menggunakan perisian lain untuk mengolah gambar tersebut, anda boleh insert gambar tersebut dahulu ke slide, dan ‘right klik’ –> Klik format picture –> Colour –> Washout. Kemudian anda boleh olah berapa terang gambar itu dengan mengawal ‘brightness’.

 powerpointDrawing tools

powerpointSekarang saya akan tunjukkan bagaimana anda boleh gunakan Slide Master ini. Mula-mula, klik ‘view’ –> Master –> Slide Master. Anda akan lihat gambar disebelah. Kebiasaannya saya akan ‘delete’ semua kotak-kotak yang ada itu. Caranya ialah klik pada kotak-kotak itu dan tekan button delete pada papan kekunci anda.

 

 

 

Kemudian, slide yang kosong itu anda boleh hiaskan menggunakan drawing tools yang ada di bahagian bawah perisian PowerPoint itu. Anda boleh rekacipta latar belakang slide anda mengikut kehendak anda dan setelah selesai, cuma klik ‘close master view’. Selepas ini, cuba klik ‘new slide’ (button ini biasanya terletak dibahagian atas sebelah kanan’ dan anda akan lihat latar belakang yang anda reka tadi keluar. Selamat mencuba.

Sekarang kita sudah masuk ke tip yang kelapan. Tips ke 8 hingga 14 adalah tips-tips untuk anda pelajari dalam Microsoft PowerPoint. Untuk anda kuasai perisian ini dan mampu menggunakannya untuk membantu anda dalam membuat presentation, anda mesti mahir dalam asas-asasnya. Untuk pengetahuan anda juga, tips-tips ini adalah apa yang saya biasa lakukan. Ia tidak semestinya cara yang terbaik kerana ada terlalu banyak cara untuk mengolah PowerPoint anda. Jadi, jika anda rasa cara yang saya gunakan sesuai dan mudah bagi anda, anda boleh turut sama gunakan cara ini. :)

Tip yang ke-8 ini, saya akan ceritakan tentang ‘Master Slide’. Setiap kali anda ingin gunakan perisian PowerPoint, anda perlu pilih background yang anda inginkan. Seperti yang sudah terangkan dalam tips yang lalu, background atau latar belakang slide anda mestilah sesuai supaya perkataan yang anda paparkan kelihatan jelas dan menarik.

power pointSelama ini, mungkin anda hanya gunakan ‘design templates’ sebagai latar belakang slide anda. Lihat menu utama perisian PowerPoint anda. Design template anda boleh perolehi dengan klik ’slide show’ –> klik ‘animation scheme’. Anda boleh lihat rekaan-rekaan latar belakang yang anda boleh gunakan. Cuma klik pada mana-mana rekaan yang anda mahu gunakan. (imej dibawah menunjukkan beberapa rekaan yang sedia ada di dalam PowerPoint)

powerpointNamun, jika anda ingin lebih maju dan kelihatan lebih professional, saya cadangkan agar anda mencipta latar belakang anda sendiri. Ini adalah kerana:

  • # Anda boleh cipta latar belakang yang lebih relevan atau sesuai dengan apa yang anda persembahkan. Contohnya jika anda sedang membuat presentation tentang perniagaan beras, anda boleh gunakan gambar beras sebagai latar belakang.
  • # Dalam training saya, jika saya jalankan program bersama UIA, saya akan gunakan latar belakang gambar UIA sendiri. Gambar itu saya olah supaya ia sesuai dengan tema presentation saya. Saya akan ajarkan teknik dalam tips yang akan datang nanti.
  • # Anda boleh jadi lebih kreatif. Jika anda jadi lebih kreatif, presentation anda akan jadi lebih menarik. Anda juga akan rasa seronok dan tidak sabar untuk membuat presentation anda.

Hari ini, jika anda belum biasa menggunakan powerpoint, cuba gunakan beberapa background yang berbeza. Jika anda sudah biasa, cuba pilih background bagaimana yang sesuai digunakan berdasarkan 7 tips yang telah saya berikan sebelum ini. Insyaallah, kita akan sambung esok tentang cara menggunakan master slide.

Tip yang ketujuh, sesuatu yang perlu anda elakkan semasa menggunakan microsoft Powerpoint ialah, jangan gunakan terlalu banyak animation dalam sesuatu presentation. Contohnya, katakan anda paparkan 7 isi penting dalam slide anda dan isi penting itu keluar satu persatu. Ramai pelajar yang terlalu seronok menggunakan animation hingga mereka gunakan 7 jenis animation yang berbeza untuk setiap isi. Contohnya, isi pertama keluar dengan animation ‘fly in’, isi kedua keluar dengan animation ‘grow and turn’, isi ketiga dengan ‘compressed’ dan seterusnya.

Walaupun cara ini tidaklah salah, tetapi ada beberapa akibat yang mungkin anda tidak sedari:

  • Presentation anda kelihatan tidak seragam. Mana tidaknya, satu animation keluar begini dan satu animation lagi keluar begitu. Perbezaan ini sedikit sebanyak akan mengganggu konsentrasi penonton anda.
  • Presentation anda akan Jadi presentation untuk menunjukkan kebolehan anda menggunakan animation, bukan untuk menyampaikan mesej dengan jelas. Jadi, anda harus fikir semula kenapa anda buat presentation tersebut. Adakah animation yang berbeza anda lakukan tadi akan membantu penonton memahami mesej anda atau sebaliknya?
  • Animation yang terlalu banyak jenis akan menghalang penonton daripada melihat kelancaran mesej yang anda ingin sampaikan.
  • Presentation anda juga boleh kelihatan huru-hara jika anda gunakan terlalu banyak jenis animation dalam satu slide.

Cadangan saya, jika dalam satu slide ada 7 isi, gunakan animation yang sama. Jika anda gunakan animation ‘fly in’-'from top’, gunakan animation ini untuk kesemua 7 isi tadi. Di dalam slide seterusnya pula, anda boleh gunakan animation lain untuk isi-isi yang lain.

Power PointTip yang keenam ialah, jika anda ada banyak isi yang ingin anda paparkan di dalam slide anda, jangan paparkan semuanya sekali gus. Sebab utamanya ialah, penonton anda akan sibuk membaca semua isi anda dan mula sangka yang mereka sudah tahu semua yang anda ingin katakan.

Dengan memaparkan semua isi anda sekaligus juga akan membuat slide anda kelihatan penuh dengan isi dan perkataan setiap masa. Secara psikologinya, penonton mudah rasa penat kerana terfikir terlalu banyak perkara yang perlu mereka dengar daripada anda. Jika isi anda keluar satu persatu, penonton anda tidak akan terasa terlalu penat kerana isi itu keluar sedikit demi sedikit.

Anda perlu pelajari bagaimana anda boleh keluarkan isi penting anda satu persatu dengan menggunakan Custom Animation. Saya akan ceritakan juga tentang teknik menggunakan Custom Animation ini dalam tips akan datang.

Next Page »