January 2007


Alhamdulillah, seperti yang pernah saya sebutkan tidak lama dahulu, saya ada dijemput untuk menulis ruangan satu muka surat di akhbar Sinar Harian, Terengganu. Akhbar ini adalah milik krangkraf Sdn Bhd dan diterbitkan khas di Pantai timur.

Tulisan saya disiarkan 3 hari seminggu sejak 3 Januari lalu. Ia disiarkan pada hari Selasa, Rabu dan Khamis. Ruangan ini juga sebenarnya ditulis oleh dua lagi sahabat saya daripada Terengganu iaitu Redzuan Aziz dan Kak Nur. Maklumat utama mengenai aktiviti dan hasil tulisan ini semua ada diterangkan di dalam laman web www.mindabijak.com.

Insyaallah, saya akan paparkan hasil tulisan saya di akhbar tersebut di www.OsmanAffan.com juga supaya anda juga tidak akan terlepas membaca tips-tips yang saya kongsikan bersama pelajar-pelajar di Terengganu. :)

Jadikan masa silam sebagai panduan untuk merancang kejayaan di masa hadapan, bukan sebagai alat untuk mendabik dada yang akhirnya membawa kegagalan yang tidak berkesudahan. ~Osman Affan

Saya sering lakukan kesilapan ini. Saya sendiri sering cuba berbangga dengan kejayaan saya di masa lepas. Namun, semakin meningkat usia saya, saya sedar bahawa, kejayaan di masa lepas bukanlah satu jaminan bahawa saya akan kekal juga berjaya di masa hadapan. Saya sedar saya masih perlu berusaha keras sebagaimana saya bekerja keras untuk kejayaan saya yang lalu. Bagaimana dengan anda……………………?

 

Alhamdulillah, hampir 2 minggu masa yang diambil untuk bercerita tentang teknik berkomunikasi. Masih ada lagi teknik-teknik lain sebenarnya, tetapi, buat masa ini, cukup sebanyak itu sahaja. Kalau banyak sangat nanti susah pula dipraktikkan. :)

osman affanSetelah saya tuliskan senarai tips-tips yang saya ingin kongsikan lebih kurang 3 minggu lalu, kebetulan pula saya diminta oleh Dr Irfan Khairi untuk mengacarakan program Nizal Talk pada akhir Disember yang lalu. Saya sendiri dapat bertemu seorang yang sangat pakar dalam bidang ini.

Abang Nizal memang terbukti hebat dalam teknik berkomunikasi berdasarkan pengalaman yang telah beliau lalui. Pendekatan Abang Nizal agak berbeza sedikit daripada pendekatan saya terhadap teknik berkomunikasi. Namun, banyak perkara baru yang telah saya pelajari daripada Abang Nizal ini. Mungkin jika dibenarkan saya boleh kongsi sedikit di sini apa yang telah abang Nizal ajarkan pada hari tersebut.

smartstudyIni adalah tips terakhir yang akan saya kongsikan berkenaan bercakap dikhalayak ramai. Tips hari ini ialah, berlakon seolah-olah anda sudah berpengalaman bercakap di depan khalayak ramai dan berlakon seolah-olah anda sangat yakin untuk berucap.

Tips ini adalah sama seperti jika anda malas belajar atau malas membaca buku. Walaupun anda berlakon sahaja, minda anda tidak dapat membezakan sama ada anda benar-benar yakin atau berlakon. Jadi minda anda akan mengarahkan tubuh badan anda bergerak seperti seorang yang sangat yakin dan berpengalaman.

Tips ini sangat penting untuk permulaan anda mahu berucap. Dengan berlakon begini, anda akan bergerak menuju ke hadapan orang ramai dengan langkah yang yakin. Itu sudah memadai buat permulaan. Yang pentingnya, pendengar anda akan melihat anda sebagai orang yang yakin dan mula menumpukan perhatian kepada apa yang ingin anda katakan.

Selamat mencuba.

smartstudyTips untuk hari ini ialah, bayangkan kesudahan yang menggembirakan. Walau sebelum anda mula berucap, di minda anda sudah bermain bermaca-macam fikiran mengenai ucapan anda itu. Adakah pendengar akan sukan ucapan anda? Adakah anda akan kelihatan bodoh di hadapan orang ramai?

Persoalan ini semua membuat anda semakin berdebar dan gambaran di dalam minda anda akan menunjukkan bahawa anda akan malu di depan orang ramai nanti.

Mengikut pengalaman saya sendiri, ketika pertama kali saya mengendalikan program untuk TUDM, saya rasa sangat berdebar, lebih berdebar daripada biasa. Debaran saya bermula pada waktu subuh lagi walaupun program akan bermula pada pukul 9 pagi.

Jadi, saya gunakan teknik ini. Saya bayangkan hari itu sudah berlalu dan saya lihat semua peserta tersenyum dan gembira dengan program yang saya jalankan. Alhamdulillah, apa yang saya bayangkan itu benar-benar berlaku. Bukan sahaja ia membantu mengurangkan rasa debaran, ia juga membantu imaginasi saya menjadi kenyataan. Jadi, saya yakin anda patut mencuba teknik ini. :)

smasrtstudyTips hari ini ialah kawal apa yang anda sebut secara tidak sedar. Tips ini mungkin sukar sedikit bagi anda. Bagaimana anda mahu mengawal sesuatu anda tidak sedar?

Semasa anda berucap atau bercakap dikhalayak ramai, anda mungkin selalu menyebut sesuatu yang dinamakan ‘fillers’. Fillers adalah perkataan atau sebutan yang anda sebut sekadar untuk melengkapkan perkataan anda. Contohnya, anda sebut ‘aaa..’, ‘err’, ‘mmmm’, ‘ehh’ dan bermacam perkataan lagi. Kadang-kadang anda selalu sebut perkataan ‘ok’ atau ‘kan’ tanpa anda sedari.

Apabila anda selalu ulang perkataan-perkataan ini tanpa anda sedari, pendengar anda akan mula mengira berapa kali anda menyebutnya. Maksudnya, pendengar anda akan mula hilang tumpuan kepada apa yang anda katakan dan mula mengira fillers anda. Contohnya, setiap kali anda sebut ‘ok’, pendengar anda akan kata dalam hati “29…..” :)

Seperti semalam, setelah anda tahu akan perkara ini, anda akan lebih mudah mengesan kesilapan ini semasa anda hendak membuat ucapan nanti. Selamat berjaya. :)

ucapTips untuk bercakap dikhalayak ramai yang seterusnya ialah kawal pergerakan anda. Jika anda perhatikan, seseorang yang sedang bercakap dikhalayak ramai mempunyai banyak gaya pergerakan. Namun, anda boleh tahu sama ada pergerakan itu menunjukkan beliau sedang berdebar atau rasa tidak yakin.

Ini kerana, jika anda rasa terlalu berdebar atau tidak yakin, anda akan lakukan pergerakan yang tidak ada kena mengena dengan apa yang sedang katakan. Contohnya, tangan anda sibuk memegang duit syiling dalam kocek seluar anda semasa berucap, menggaru-garu kepala anda yang tidak gatal, bermain dengan pen di tangan anda, bergoyang ke kiri dan ke kanan, membetulkan microphone di depan anda walaupun ia sudah elok kedudukannya dan sebagainya.

Pergerakan ini bukan sahaja menghalang anda untuk menyampaikan mesej anda, malah ia mengganggu konsentrasi pendengar anda kerana mereka akan sibuk menumpukan perhatian kepada pergerakan anda pula. :)

Jadi, mulai sekarang, perhatikan pergerakan anda semasa berucap. Anda akan sedar mana-mana pergerakan yang tidak kena dan tidak sesuai dengan mesej yang anda cuba sampaikan. Apabila anda sedar akan pergerakan ini, anda akan rasa lebih mudah untuk menghentikannya. :)

Bijak adalah apabila anda merasa tidak pandai dan mula menumpukan perhatian untuk mempelajari sesuatu. ~Osman Affan~

gelasJika anda datang ke sesuatu majlis ilmu seperti pergi ke sekolah, menghadiri kuliah, menghadiri seminar atau menghadiri kursus, anda tidak dapat pelajari sesuatu jika anda datang dalam keadaan “gelas yang penuh”. Bayangkan sebiji gelas yang penuh dengan air. Bolehkah anda menuangkan air lagi ke dalamnya? Tidak boleh bukan.

Masalahnya yang ingin saya utarakan, banyak orang yang hadir sesuatu majlis ilmu dengan tanggapan mereka sudah tahu semuanya, sudah pandai dan mereka lebih baik daripada pensyarah atau penceramah dihadapan. JIka ini mentaliti yang anda gunakan, anda akan rugi kerana anda pasti tidak akan pelajari apa-apa.

Ini kerana, apabila anda rasa anda sudah tahu, anda mula memandang rendah dan memperlekehkan apa yang diajarkan. Jadi, anda tidak akan mendengar dengan teliti dan tidak mampu menumpukan perhatian. Akhirnya, anda tidak akan belajar apa-apa. Persoalan saya, jika anda hadiri majlis ilmu untuk belajar tetapi anda tidak mampu belajar apa-apa, adakah anda tergolong dalam golongan orang yang pandai?? :)

Kita rehat seketika daripada tips bercakap dikhalayak ramai. Kita akan sambung semula pada hari Isnin ini. Hari ini, saya nak ceritakan tentang soft skills.

albayanBeberapa hari lepas, saya menemani Dr Irfan menghadiri temuramah rancangan RTM Al-Bayan. Episod itu membincangkan tentang penagnggur terhormat. Rancangan ini dikendalikan oleh sahabat saya juga Fadzli Yusuf. Fazli ni junior saya di Kolej Islam Sultan Alam Shah dulu, tetapi tak sempat berkenalan kerana tahun beliau memasuki KISAS (1996), saya sudah tamat belajar di KISAS dan memulakan pengajian A-Level di Shah Alam.

Mungkin anda juga sudah tahu bahawa Fazli Yusuf adalah penulis buku-buku Resipi Kejayaan. JIka anda bercadang mahu memulakan tabiat membaca, buku-buku Fazli adalah tempat yang elok untuk bermula. :)

Berbalik kepada episod penganggur terhormat tadi, satu persoalan yang menarik perhatian saya semasa perbincangan dijalankan ialah, apakah caranya untuk pelajar universiti meningkatkan ’soft-skills’ atau kemahiran selain akademik mereka? Contoh soft-skill yang boleh dimiliki oleh pelajar adalah banyak sebenarnya seperti kemahiran berkomunikasi, kepimpinan, pengurusan kerja, kemahiran menyelesaikan masalah dan sebagainya. Berita baiknya, terdapat banyak peluang di universiti untuk para pelajar mengasah bakat mereka. Malah, bukan sahaja di universiti, soft-skill pelajar boleh diasah bermula dari sekolah rendah lagi sebenarnya.

Selepas saya habis bincangkan tentang tips bercakap dikhalayak ramai nanti, insyaallah saya akan berikan tips-tips bagaimana anda boleh mula mengasah kemahiran yang boleh membantu anda mencari pekerjaan atau bagi yang sudah bekerja, bagaimana caranya untuk mengasah kemahiran anda supaya majikan lebih sayangkan anda. Malah, setelah mengasah kemahiran ini semua, anda mungkin tidak perlu lagi mencari pekerjaan kerana anda sudah boleh mencipta pekerjaan anda sendiri. :)

Seperti yang kita pernah bincangkan sebelum ini, antara masalah utama untuk bercakap di depan khalayak ramai ialah masalah untuk menarik perhatian pendengar. Kadangkala, anda umpama bercakap seorang diri kerana hampir semua smartstudypendengar anda sibuk menumpukan perhatian kepada perkara lain.

Dengan adanya tip semalam, anda boleh mula fikirkan tentang bagaimana cara untuk menarik perhatian mereka. Contohnya anda boleh fikirkan tentang satu fakta menarik dan anda mulakan ucapan anda dengan soalan berkenaan fakta itu. Katakan anda seorang perlu berucap didepan sahabat anda para pelajar tentang kepentingan belajar dengan bersungguh-sungguh.

Anda boleh mulakan ucapan anda dengan “Saya ada tiga soalan untuk anda. Pertama, tahukah anda bahawa purata umur rakyat di Malaysia ialah 60 tahun?” (pendengar mula berfikir…..betul ke 60 tahun…? apa yang dia nak cakap ni..?)

“Kedua, tahukah anda, kita cuma belajar disekolah selama 10 tahun iaitu daripada umur 7 hingga 17 tahun?”(pendengar terfikir lagi, betul ke…. 10 tahun je ke….?)

“Soalan terakhir saya, kalau anda gagal mendapat keputusan cemerlang semasa disekolah, tahukah anda bahawa anda akan menyesal selama 43 tahun jika anda hidup hingga usia 60 tahun?” (ketika ini pendengar akan dapat mengaitkan semua soalan anda kepada soalan terakhir ini. Mereka akan terfikir akan kebenaran soalan anda dan mula terfikir, apa agaknya lagi fakta menarik yang boleh anda berikan……)

Jadi, sebelum memulakan ucapan anda, baca buku, majalah, artikel atau apa-apa bahan bacaan menarik yang boleh dikongsikan bersama pendengar anda. Kongsikan fakta tersebut dalam bentuk soalan yang menarik. :)

« Previous PageNext Page »