January 2007
Monthly Archive
Wed 31 Jan 2007
27/1/2007 (sabtu lalu), selepas saya membantu Dr Irfan Khairi dalam worksyop Jutawan Internet beliau, dan juga setelah selesai sesi bersama pelajar UKM (kenali potensi diri), saya bergegas ke Melaka untuk satu penggambaran rancangan realiti tv yang bertajuk, Tun Sri Lanang.
Rancangan ini adalah berkenaan membentuk bakal pemimpin di masa depan di kalangan remaja. Peserta untuk rancangan ini adalah dipilih daripada para pengakap terbaik di seluruh Malaysia.
Menarik sungguh cara rancangan ini dijalankan. Rancangan 13 episod ini akan memberi latihan kepada peserta dalam aspek kepimpinan, kerjasama kumpulan, kreativiti dan juga keterampilan diri. Peserta jga akan disingkirkan satu persatu selepas mereka diberi beberapa jenis ujian. Tujuannya adalah untuk memilih peserta yang paling berkaliber dan mempunyai tokoh kepimpinan di kalangan mereka.
Saya dijemput untuk menjadi juri dan juga menyampaikan ceramah dalam satu sesi yang bertajuk IT dan Global. Saya berpeluang menerangkan kepada para peserta apakah perkara-perkara yang boleh mereka lakukan dengan internet dan bagaimana internet boleh menghasilkan pendapatan. Disamping itu, saya berikan mereka beberapa tips perniagaan internet yang ada berkait rapat dengan sifat-sifat hebat seorang pemimpin.
Untuk maklumat lanjut, boleh lawati http://www.osmanaffan.com/srilanang.htm
Tue 30 Jan 2007
Posted by Osman Affan under
Khas ,
Cerita ,
MotivasiNo Comments
Saya sambung cerita semalam. Jika dulu saya bekerja satu malam dengan penat lelah dan dibayar RM15, berapa agaknya saya dibayar kalau saya bekerja sekarang? Untuk pengetahuan anda, jika anda ada kelayakan akademik dan boleh mengajar, anda boleh dibayar RM30 sejam untuk mengajar pelajar sekolah (mengajar di pusat tuisyen contohnya). Bayangkan, seseorang yang boleh mengajar dibayar RM30 sejam, tidak penat dan bekerja dalam keadaan selesa….. berbanding RM15 bekerja dengan penat sepanjang malam?
JIka anda tingkatkan lagi kelayakan anda, anda boleh dbayar hingga RM100 hingga RM300 sejam hanya dengan hanya bercakap, berbincang dan berfikir……. Apabila anda tingkatkan lagi kelayakan anda dan kebolehan anda, anda boleh dibayar lebih tinggi lagi seperti RM1500 hingga RM2500 sejam. Bayangkan berapa banyak bezanya…..?
Agak sukar untuk saya sampaikan mesej saya ini sebenarnya kerana jika anda berfikiran negatif, tentu anda sangka saya sedang memandang rendah kepada seseorang yang tidak mempunyai kelayakan akademik atau seseorang yang bekerja sebagai buruh. Tidak begitu kerana saya sendiri pernah bekerja dalam kategori buruh. Tidak ada apa-apa yang negatif mengenainya.
Mesej saya ialah, dalam dunia era informasi ini, anda tidak akan mendapat lebih dengan bekerja keras secara fizikal. Maksudnya, jika anda mahu lebih maju, anda mesti gunakan tenaga fikiran anda. Contohnya, katakan cita-cita anda adalah untuk menjadi mekanik. Anda perlukan banyak tenaga fizikal kan? Benar, tetapi, hasil daripada tenaga fizikal anda akan terbatas suatu hari nanti. Anda masih memerlukan tenaga fikiran untuk memajukan hasil pendapatan bengkel anda dan juga supaya satu hari nanti anda tidak perlu membuat kerja-kerja yang berat lagi.
Persoalannya… bagaimana anda boleh tingkatkan kebolehan dan keupayaan tenaga fikiran anda……? Hmmm… itu yang cuba saya bincangkan sebenarnya….. saya suka topik ini kerana pengetahuan ini akan membantu diri saya juga…..
Mon 29 Jan 2007
2 minggu lepas, saya kendalikan sesi kemahiran belajar di Pusat Tuisyen saya di Keramat Permai. Dah beberapa bulan saya tidak kendalikan program begini kerana agak sibuk dengan program diluar. Hanya cikgu yang saya latih mengendalikan program ini sejak beberapa bulan lalu.
Kerana dah lama tak buat sendiri, saya agak mati akal bila memikirkan apa yang hendak saya ceritakan kepada para pelajar saya. Kemudian, saya terlintas kisah semasa saya bekerja di sebuah restoran di Terengganu sebelum saya melanjutkan pelajaran ke United Kingdom dulu. Jadi, tajuk saya pada kemahiran belajar tersebut ialah, tenaga fikiran atau tenaga fizikal.
Sebelum saya ceritakan, ada satu peringatan daripada saya. Anda perlu gunakan pemikiran positif di sini. Maksud saya cuba lihat daripada sudut yang baik dalam apa yang saya mahu ceritakan. Ini kerana, saya pernah hadapi pendengar yang memandang cerita ini daripada sudut negatif…..
Cerita saya pada sesi tersebut ringkas dan pendek sahaja. Pada tahun 1996, semasa cuti sebelum saya memasuki tahun pertama belajar di universiti, saya bekerja sebagai pembantu kedai di sebuah kedai tomyam di Kuala Terengganu. Saya mula bekerja pada pukul 5 petang dan berakhir pada pukul 1 pagi. Setelah habis bekerja dan mengemas, saya pulang menaiki basikal dalam kegelapan malam kampung saya. Biasanya saya sampai ke rumah dalam pukul 1.30 hingga 2 pagi.
Soalan saya kepada pelajar saya, dengan kerja saya yang berat itu (secara fizikal) di mana saya perlu ambil pesanan, hantar makanan, kemas meja, bersihkan meja dan bermacam-macam lagi, berapakah agaknya bayaran yang saya terima? Berapakah agaknya bayaran yang saya terima untuk satu malam?
Ada pelajar meneka RM50, RM45, RM70, RM30 dan sebagainya. Anda rasa berapa agaknya bayarannya untuk satu malam? Hmm…. saya masih ingat… bayarannya ialah RM15 untuk satu malam. Kerja keras secara fizikal begitu cuma dapat RM15 selepas lebih 8 jam bekerja? Ya…. betul…..
Apakah mesej saya disini…….? Saya akan sambung esok……
Sun 28 Jan 2007
Pertama sekali, saya ucapkan terima kasih kepada urusetia simposium kerjaya UKM kerana menjemput saya ke UKm semalam (27/1/2007). Pelajar je semua ni, tapi mereka telah jalankan tugas yang hebat kerana menganjurkan program yang sangat berguna kepada para pelajar ini. Saya telah dijemput untuk berbicara dengan pelajar dalam satu sesi yang dinamakan ‘kenali potensi diri anda’.
Semalam (27/1/2007) tu sebenarnya saya sedang membantu Dr Irfan Khairi menjalankan program Jutawan Internet beliau. Saya bantu beliau hingga lebih kurang pukul 10.20 pagi dan segera bertolak ke Bangi untuk sesi saya tadi pada pukul 11.30 pagi. Kelam kabut jugak la sekejap berkejar ke sana ke mari.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Lebih 400 orang pelajar yang hadir pada sesi tersebut. Majoritinya pelajar perempuan. Seronok pulak saya mengusik-usik bebudak lelaki yang sikit bilangannya tu.
Sesi tersebut adalah berkenaan mengenali dan mencapai potensi diri. Kebetulan, memang itu yang ingin saya ceritakan dalam beberapa hari ni. Sekali lagi, terima kasih kepada urusetia simposium kerjaya UKM kerana menjemput. Terima kasih juga kepada semua peserta sesi tersebut kerana…… mereka ni benar-benar ’sporting’ dan ceria semasa sesi saya dijalankan.
Sat 27 Jan 2007
Posted by Osman Affan under
Mutiara Kata ,
MotivasiNo Comments
Anda adalah orang yang sangat malang jika……
- 1. Anda terjatuh kerana terlanggar tunggul lalu anda memaki hamun tunggul tersebut kerana berada di tengah jalan anda…..
- 2. Anda terlewat bangun pagi dan terlepas bas ke sekolah lalu anda salahkan pihak televisyen kerana menayangkan perlawanan bola sepak pada lewat malam…..
- 3. Anda dirotan kerana merokok di sekolah lalu anda menyalahkan pekedai runcit di tempat anda kerana menjual rokok tersebut kepada anda….
- Anda gagal dalam peperiksaan Matematik lalu anda mengamuk pada kawan anda kerana tidak membenarkan anda meniru beliau…
- Anda menconteng dinding-dinding atau tempat awam kerana anda rasa tidak ada orang mahu mendengar apa yang anda hendak katakan…..
- Anda tidak mahu belajar subjek Sejarah dengan bersungguh-sungguh kerana anda rasa cikgu Sejarah anda suka pilih kasih…..
- Anda kalah dalam perlawanan badminton lalu anda salahkan syarikat pembuat raket badminton anda kerana produk tidak berkualiti…..
Anda sangat malang kerana…. jika sikap dan pemikiran begini kekal dalam diri anda, anda tidak akan berjaya atau bahagia seumur hidup anda…… Fikirkan……
Fri 26 Jan 2007
Posted by Osman Affan under
Khas ,
Cerita ,
MotivasiNo Comments
Hari Rabu yang lepas, rakaman Get Set Go mengenai teknik Belajar SmartStudy dijalankan semula. Ia masih dirakamkan di Taman Tasik Titiwangsa. Hari tersebut bermula dengan baik. Saya keluar rumah lebih awal untuk mengelakkan kesesakan jalan raya. Nak awal punya pasal, bila saya sampai di Titiwangsa, jam baru menunjukkan pukul 7.30 pagi…. krew akan hanya sampai pukul 8.30 dan rakaman dijadualkan dalam pukul 9 - 9.30. Tergelak saya sorang-sorang kat situ sebab awal sangat. Tapi saya tak kisah, lebih baik awal daripada susah hati bila lambat.
Saya rasa hari ni agak ceria. Mungkin sebab saya tak rasa berdebar sangat macam hari pertama isnin lepas. Sama seperti yang saya ceritakan tentang zon selesa, apabila kita buat sesuatu yang kita tak biasa buat, kita akan rasa tak selesa, resah dan mungkin berdebar. Tetapi jika bersabar dan hadapi cabaran dengan fikiran positif, satu zon selesa baru akan terbentuk. Ini lah yang saya rasa ketika itu. Saya rasa sudah agak selesa berada di depan kamera dan diperhatikan oleh krew-krew dan juga orang yang lalu-lalang.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan. tepat pukul 1 tengahari, kami berjaya merakamkan dua baki episod yang tidak dapat dihabiskan isnin lepas disebabkan hujan.
Seronok betul rasanya bila dah selesai buat kerja. Saya benar-benar berterima kasih kepada krew-krew Wayang Tinggi Production terutamanya Kak Azita (yang membantu menjaga skrip dan Bahasa Inggeris saya), Liza (Production Manager), Abg Azmi (yang menjaga masa saya bercakap), Oyah (pakar mekap), Abg Musa (Director), Hafiz Sinclair (yang menjaga cue card dan sibuk menulis ringkasan apa yang perlu saya cakapkan. Kami juga asyik mengusik Hafiz ni dengan nama ‘Sinclair’….. kononnya dia ni adik beradik Ashraf Sinclair…
), Awie (ke Ah Wee eh?) dan production crew….. Terima kasih atas tunjuk ajar kepada orang baru yang tak tau apa-apa macam saya ni.
Pada waktu malam pula, krew-krew Wayang Tinggi Production ini singgah di Pusat Tuisyen saya di Taman Keramat Permai. Mereka perlu merakamkan beberapa visual untuk ditunjukkan semasa penerangan saya dalam rancangan Get Set Go nanti. Kali ini, anak-anak murid saya dan cikgu saya pula yang menjadi bintang filem.
Beberapa orang anak murid saya terutamanya yang perempuan datang ke tuisyen macam nak pergi majlis perkahwinan….cantik sungguh…. maklum la, nak masuk tv….. seronok tengok semangat dan kerjasama yang ditunjukkan oleh anak-anak murid saya dan juga seorang cikgu saya yang terpaksa berlakon untuk menunjukkan beberapa teknik belajar yang betul dan salah….. Ada beberapa orang anak murid saya tergelak besar apabila mereka perlu di mekap. Kelakar kata mereka…..
Kesimpulannya, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Ikhlas daripada saya dan team SmartStudy, mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam pembikinan rancangan ini……
Thu 25 Jan 2007
Ketika saya bekerja di PriceWaterHouseCoopers, saya selalu habiskan waktu lapang saya di MPH bookstore di Midvalley megamall. Kadang-kadang saya berada disana dari pagi hingga ke petang. Seronok baca buku kegemaran saya terutama tentang psikologi dan potensi manusia. Semakin banyak saya membaca, saya sedar satu perkara. Saya mula sedar kenapa saya selalu rasa ada konflik dalam diri saya setiap kali saya lakukan kerja saya sebagai Audit Associate di syarikat tadi.
Saya mula sedar rupa-rupanya minat saya sangat bercanggah dengan pekerjaan tersebut. Sebab itulah saya rasa agak tertekan walaupun saya boleh lakukan kerja tersebut. Apa yang saya rasa satu ancaman buat saya ketika itu ialah, jika saya kekal bekerja di sana, bakat dan kebolehan sebenar saya tidak akan menyerlah. Saya mungkin akan hanya jadi pekerja sederhana. Saya tidak suka hakikat ini.
Jadi pada pertengahan tahun 2002, dengan tangan yang menggeletar, saya taip surat perletakan jawatan saya. Keputusan saya ini mendapat tentangan hebat daripada keluarga dan orang-orang yang mengenali saya. Mungkin saya ni degil, saya tetap dengan pendirian saya. Jadi, saya berhenti kerja, balik ke Terengganu dan mula berniaga.
Macam-macam benda saya buat ketika itu termasuklah menjadi guru sandaran ( di dua buah sekolah di Terengganu dan guru tuisyen. Di situlah bermulanya kerjaya saya dalam motivasi dan kemahiran belajar ini……
Apa yang sebenarnya yang ingin saya ceritakan ialah, anda tidak akan dapat menjangka apa yang akan berlaku di masa hadapan. Keadaan akan jadi lebih mencabar jika anda tidak bersedia dengan kemahiran yang diperlukan. Saya percaya cabaran yang saya hadapi sebelum ini adalah kerana saya tidak cukup bersedia sewaktu zaman saya sebagai pelajar. Walaupun saya telah sertai persatuan, aktiviti kelab, sukan dan sebagainya, ia masih tidak mencukupi kerana saya tidak tahu apa yang akan saya hadapi selepas tamat belajar.
Jadi, dalam beberapa minggu ini, saya akan kongsikan bersama anda beberapa perkara yang perlu anda sediakan sebelum anda memasuki dunia selepas belajar ini. Saya akan cuba dapatkan beberapa pertolongan juga daripada sahabat-sahabat saya yang lain terutamanya pelatih-pelatih pakar dalam bidang ’soft skills’. Semoga perkongsian ini semua akan memberi manfaat kepada anda dan juga kepada pengetahuan saya sendiri.
Wed 24 Jan 2007
Jika anda sekarang sedang belajar di sekolah menengah, kolej atau universiti, pernahkah anda terfikir bagaimana agaknya keadaan selepas anda tamat belajar dan memasuki dunia pekerjaan? Dulu, saya sendiri selalu terfikir tentang perkara sebegini. Namun, sayangnya saya tidak ada jawapan untuk soalan tersebut. Jadi saya terus hanyut dalam kesibukan sebagai seorang pelajar tanpa mengetahui apa sebenarnya yang perlu saya ada untuk menempuh kehidupan dalam dunia selepas tamat pengajian.
Akibatnya, saya hadapi kesukaran sewaktu mencari pekerjaan yang saya mahu. Saya hadapi kesusahan untuk mencari pekerjaan sebenar yang saya idam-idamkan. Kerja yang saya cari selepas tamat pengajian adalah kerja yang sesuai dengan kelulusan saya. Begitulah sepatutnya kan?
Kerja pertama yang saya lakukan sebaik sahaja tamat belajar adalah sesuatu yang ada kena mengena dengan pelaburan. Saya masih tidak pasti pelaburan itu sah atau penipuan, tetapi apa yang saya ingat ialah tidak ada gaji, cuma komisyen jika saya berjaya mendapatkan pelabur. Saya bekerja di situ cuma selama sebulan. Mana tahan kerja kalau tak ada gaji kan?
Kemudian saya ditawarkan kerja sebagai Technical Sales Executive oleh sebuah syarikat di Kelana Jaya. Kerja dalam bidang pemasaran atau jualan dan juga kerja dalam industri yang patut diterajui oleh pelajar dalam bidang engineering. Saya tidak memikirkan soal sesuai atau tidak ketika itu kerana bagi saya, baik ada kerja daripada tak ada kerja langsung. gaji yang ditawarkan juga sangat berpatutan.
Saya kekal di sana selama 8 bulan kerana saya berjaya mendapat kerja yang sesuai dengan kelayakan saya dan kerja di satu tempat yang mempunyai imej yang tinggi iaitu PriceWaterHouseCoopers Chartered Accountant. Saya kekal di sini selama 3 tahun sebelum saya buat satu keputusan yang terbesar dalam hidup saya ketika itu.
Persoalannya, mengapa saya buat keputusan untuk berhenti kerja di syarikat yang berprestij dan berpeluang menjadikan saya menjawat jawatan yang sangat tinggi suatu hari nanti…?
Saya akan sambung cerita ini esok……..
Tue 23 Jan 2007
Semalam (22/1/07), saya terlibat dalam rakaman satu rancangan Motivasi TV RTM “Get Set Go” yang biasa ditayangkan pada pagi hari Ahad. Rakaman dijalankan di Taman Tasik Titiwangsa. Saya dijadualkan menyiapkan 3 episod. Tajuk-tajuk saya adalah berkenaan konsep SmartStudy hasil tulisan saya sendiri iaitu persediaan minda, teknik belajar dan psikologi peperiksaan.
Semalam adalah antara hari yang paling menarik dalam hidup saya. Ada beberapa teknik motivasi yang telah saya kongsikan bersama anda harus saya gunakan semalam. Begini ceritanya……
Ia bermula dengan saya sangkut dalam traffic jam yang agak teruk. Dah lama saya tak keluar memandu dalam KL waktu pagi, hampir terlupa betapa teruknya sesak jalan kat KL ni. So saya terlambat sampai. Patut start 8.30 pagi, saya sampai dalam 8.45 pagi.
Bila sampai, cuma ada 2 krew sahaja di situ. Yang lain belum sampai. Tekpe la, boleh rehat dan breakfast dulu. Tetapi sampai pukul 10 pagi pun krew belum sampai. Rupa-rupanya ada miscommunication. Jadi, lebih kurang pukul 11 lebih baru krew datang.
Saya sebenarnya pula tidak pernah lakukan rakaman begini. Saya selesa kalau kena bercakap depan ratusan orang, tetapi semalam saya rasa berdebar sungguh….! kenapa agaknya? sebab saya sedang keluar daripada zon selesa saya.
Tambahan pula saya tidak boleh gunakan skrip yang telah saya sediakan, semakin bertambah lah debaran saya. Susah juga jadi pengacara atau bercakap depan kamera untuk rancangan tv ni. Namun, saya tetap praktikkan beberapa teknik bercakap yang pernah saya kongsikan di sini. Jadi, debaran saya berkurangan apabila rakaman 2 scene selesai.
Dugaan….. semasa scene kedua untuk episod kedua dirakamkan, cuaca semakin mendung…. pengarah mula mencari ‘angle’ yang sesuai supaya cahaya mencukupi. Rakaman perlu dihabiskan hari ini.
Namun, dalam sibuk-sibuk bimbang hari akan hujan, timbul satu masalah baru. Ada masalah Audio yang serius. Rakaman diberhentikan dan krew sibuk cuba membaiki peralatan. Setelah rehat selama hampir sejam setengah, 2 krew yang lebih professional datang untuk membaiki masalah audio tadi. Malangnya, masalah terlalu serius dan tidak boleh diperbaiki.
Dalam kesibukan membaiki itu pula, hujan mula turun dengan lebatnya. Terpaksa lah kami berlari untuk berlindung dibawah sebuah pondok. Dalam gelak ketawa kami berlari itu, hampir tak perasan yang krew tadi terpaksa bergerak perlahan sambil membawa peralatan mereka. Rasa bersalah pulak…..
Akhirnya, setelah berteduh beberapa ketika dan melihat masa yang menunjukkan hampir pukul 5 petang, pengarah membuat keputusan bahawa rakaman perlu di tangguhkan ke hari Rabu ini…..
Bagi saya, pengalaman ini sangat menarik. Jika diikutkan, suasana agak tegang apabila berlaku salah faham semasa berkomunikasi dan semasa masalah yang tidak diduga timbul.
Namun, jika masalah mahu timbul, ia akan timbul juga. Jika peralatan mahu rosak, ia akan rosak juga. Sama seperti hujan, jika ia mahu turun, ia pasti akan turun juga.
Pengajaran paling utama yang saya dapat hari ini ialah, apabila sesuatu berlaku, saya boleh pilih apa yang saya mahu rasakan. Jadi, saya telah memilih untuk rasa seronok. Benar, memang seronok pengalaman in buat saya walaupun pelbagai masalah telah datang mengganggu.
Mon 22 Jan 2007
Anda adalah apa yang anda fikirkan. Fikirkan kejayaan, kejayaan akan jadi milik anda. Fikirkan kegagalan, kegagalan juga akan jadi milik anda. Jadi, apa yang ingin anda fikirkan? ~Osman Affan
Apa yang anda sering fikirkan akan mempengaruhi apa yang anda lakukan. Jika anda asyik fikirkan tentang kegagalan, anda akan rasa takut untuk mencuba. Akibatnya, anda tidak akan berjaya kerana untuk berjaya, anda perlu sekurang-kurangnya mencuba.
— Next Page »