December 2006
Monthly Archive
Sun 31 Dec 2006
Posted by Osman Affan under
KhasNo Comments
Hmmm… nampaknya tips tentang teknik bercakap di khalayak ramai terhenti sekejap. Bukan apa, disebabkan masalah kelajuan internet beberapa hari ni, tak dapat saya nak postkan beberapa tips seterusnya. Leceh jugak kan bila internet connection jadi slow. Saya nak postkan tips yang pendek pun tak lepas.
Tak mengapa, saya akan sambung semula tips-tips tersebut.
Selamat membaca.
Fri 29 Dec 2006
Setelah anda tahu bahawa cara anda bernafas akan mempengaruhi apa yang anda rasa, anda perlu belajar cara bernafas yang boleh membuat anda rasa lebih tenang. Secara mudahnya, anda akan merasa tenang jika anda menarik nafas panjang.
Cuba latihan ini, tarik nafas anda selama 7 saat perlahan-lahan….. kemudian, tahan nafas anda selama 7 saat….dan lepaskan nafas anda perlahan-lahan selama 7 saat juga…… di masa yang sama, kosongkan fikiran anda. Maksudnya, jangan fikir tentang apa-apa….. cuba beberapa kali.
Jika ini kali pertama anda mencuba cara ini, anda mungkin rasa pening sedikit. Tidak mengapa. Setelah anda amalkan, anda akan rasa segar dan bersemangat setiap kali anda lakukan latihan ini.
Jadi, setiap kali anda mahu bercakap dikhalayak ramai, mulakan dengan menarik nafas yang dalam dan panjang. Perhatikan juga cara anda bernafas semasa anda berucap. JIka anda rasa gugup semasa berucap, perbetulkan cara anda bernafas. Anda akan berucap dengan lebih baik. Perhatikan juga kelajuan anda bercakap. Jika anda bercakap terlalu laju, mungkin anda juga sedang bernafas dengan laju. Jadi, perlahankan. Kawal semula pernafasan anda dan tingkatkan rasa keyakinan diri anda semasa berucap.
Thu 28 Dec 2006
Posted by Osman Affan under
Motivasi ,
Keyakinan Diri1 Comment
Jadi, dua tips sudah anda pelajari tentang cara bercakap dikhalayak ramai. Pertama, sedari cara anda berdiri semasa anda gementar dan kedua perhati dan tiru cara orang professional berucap.
Tips ketiga…….. mudah sahaja tips ini. Bayangkan semula semasa anda berucap di depan khalayak ramai. Jika anda atau sesiapa sahaja sedang berucap dalam keadaan berdebar dan gementar, tahukah satu perkara yang anda atau mereka lupa lakukan? Apa agaknya yang anda mungkin terlupa lakukan ya…..?
Percaya tak kalau saya kata anda lupa untuk BERNAFAS……….? Pelik tak bunyinya….?
Ini adalah benar. Kerana anda terlalu rasa berdebar, anda mungkin masih bernafas, tetapi anda tidak bernafas dengan normal. Anda bernafas dengan begitu laju macam anda baru berlari pecut seratus meter. Mungkin anda tidak sedar tentang perkara ini.
Oleh kerana anda bernafas dengan terlalu laju, ada dua perkara utama yang berlaku.
- Pertama, percakapan anda menjadi laju. Bayangkan anda bercakap 100 patah perkataan dalam satu nafas, laju tak agaknya? Tentu laju bukan? Ini membuat percakapan anda tidak jelas. Penonton pula tidak akan faham apa yang anda katakan. Disebabkan itu, anda jadi semakin berdebar, lalu pernafasan anda semakin laju. Silap-silap, anda akan jatuh pengsan…….
- Kedua, pernafasan yang laju adalah pernafasan yang pendek. Ini bermaksud, udara cuma berada dalam paru-paru anda sekejap sahaja sebelum ia dikeluarkan semula. Paru-paru anda tidak akan sempat untuk menyerap oksigen dengan baik, lalu anda akan kekurangan oksigen. Lebih teruk lagi, kekurangan oksigen ini akan mengurangkan keupayaan anda untuk berfikir dengan baik kerana otak anda kekurangan oksigen. Jadi, ucapan anda menjadi kelam kabut. kemudian apa? Semakin teruk lagi perasaan gementar anda dan semakin teruk lagi
Jadi, latihan hari ini, berdiri depan cermin, cuba bernafas dengan laju. Bernafas macam anda baru dikejar hantu…
Cuba perasan apa rasanya… bolehkahanda berfikir denagan baik kalau dalam keadaan begini…..?
Wed 27 Dec 2006
Tips seterusnya, setelah anda tahu bahawa anda akan rasa gementar jika anda berdiri seperti orang yang gementar, anda perlu tahu bagaimana cara orang yang berkeyakinan tinggi berdiri pula. Maksudnya, anda perlu perhatikan, jika seseorang yang berpengalaman berucap dikhalayak ramai, bagaimana cara beliau berdiri.
Perhatikan, bagaimana rupanya orang yang berkeyakinan tinggi ini berucap. Ini adalah penting. Jika anda tidak boleh bayangkan bagaimana cara ini dilakukan, anda akan hadapi kesukaran untuk melakukannya.
Sama seperti orang belajar menunggang basikal. Jika anda mahu menunggang basikal dengan baik dan hebat, anda perlu tiru cara pergerakan seseorang yang hebat menunggang basikal. Dengan meniru pergerakan mereka, anda boleh tiru mereka.
Apa yang boleh anda lakukan mulai hari ini, mula buka mata anda dan lihat disekeliling anda. Cari peluang melihat orang professional berucap. Perhatikan cara mereka. Anda boleh lihat cara orang berucap di televisyen. Anda boleh lihat di sekolah. Jika sudah bekerja, anda boleh melihat di tempat kerja atau di tempat anda berkursus.
Semasa memerhatikan mereka berucap, bayangkan anda sedang berucap seperti mereka. Ini sangat penting! Bayangkan yang anda sedang berucap dengan hebat seperti mereka.
Selamat mencuba!
Tue 26 Dec 2006
Anda sudah lakukan latihan semalam?? Jika belum, anda mungkin akan hadapi kesukaran untuk memahami apa yang akan dibincangkan dalam beberapa hari ini. jadi, lakukan latihan itu dahulu sebelum anda mulakan.
Setelah anda berdiri dan bayangkan yang anda sedang berdiri di depan khalayak ramai, dapatkah anda rasa debaran dan rasa gementar dalam diri anda. Terus terang, walaupun saya sudah banyak kali membuat program di depan khalayak ramai, saya masih merasa gementar setiap kali saya mahu memulakan sesuatu program atau setiap kali saya mahu mula bercakap.
Sebenarnya, rasa gementar itu adalah normal. Anda akan rasa walaupun anda sudah berpengalaman. Apa yang membezakan seseorang yang berpengalaman atau tidak ialah, seseorang yang berpengalaman tahu bagaimana mahu mengawal dan menggunakan rasa gementar itu untuk menjadi hebat semasa bercakap.
Soalan saya lagi, adakah anda sedar bagaimana cara anda berdiri semasa anda merasa gementar? Lakukan latihan semalam sekali lagi. Apabila anda sudah dapat bayangkan situasi semalam dan mula merasa gementar, buka mata dan lihat cara anda berdiri. Lihat memek muka anda. Lihat kedudukan bahu anda juga. Anda akan lihat bagaimana cara seseorang yang merasa gementar berdiri.
Ini adalah pengajaran yang penting. Oleh kerana anda berdiri seperti seseorang yang sedang merasa gementar, anda pasti merasa gementar dan takut. Jadi, pengajaran pertama untuk bercakap dengan yakin di depan orang ramai, anda perlu berdiri seperti orang yang merasa benar-benar yakin. Juga, jangan berdiri seperti orang yang sedang berdebar dan gementar.
Tugasan untuk anda hari ini, lihat kawan-kawan anda atau sesiapa sahaja sedang berucap. Bolehkah anda lihat siapa yang sedang merasa gementar (nervous) semasa berucap di khalayak ramai….? Bolehkah anda kesan sama ada mereka rasa berdebar atau tidak? Bolehkah anda lihat debaran itu semua melalui pergerakan tubuh mereka….? Perhatikan………
Mon 25 Dec 2006
Di hari cuti begini, adakah anda berminat untuk mengetahui bebarapa tips dan teknik untuk memajukan cara anda berkomunikasi di khalayak ramai? Jika anda berminat, anda berada di tempat yang betul sekarang ini. Saya akan kongsikan beberapa tips dan teknik dalam beberapa hari ini untuk membantu.
Mari kita mulakan dengan pembuka tips ini semua. Saya mahu anda lakukan sesuatu.
Mula-mula, berdiri di depan sebuah cermin yang paling besar di rumah anda. Harapnya, cermin itu anda boleh lihat seluruh tubuh anda, dari hujung rambut hingga hujung kaki. Kemudian, pejamkan mata anda. Tenangkan fikiran, tarik nafas panjang beberapa kali.
Bayangkan, anda sedang berdiri di dalam sebuah dewan, di depan 1200 orang. Semua orang di dewan itu sedang memerhatikan anda. Suasana agak sunyi kerana semua orang sedang menunggu anda sedang bercakap.
Cuba anda sedari, apakah perasaan anda ketika itu? Cuba sedari, adakah anda rasa lutut anda lemah? Adakah anda rasa perut anda memulas? Adakah anda rasa jari anda mula menggeletar?
Anda perlu bayangkan situasi berada di dalam dewan tadi dengan jelas. Jika anda tidak lakukan dengan serius, anda tidak akan tahu apa yang anda rasa, dan anda tidak akan tahu bagaimana cara untuk memajukan diri anda.
Jadi, latihan pertama hari, lakukan aktiviti tadi. Cari cermin besar tadi. Kalau tak ada cermin di rumah, cari di tempat lain seperti di sekolah anda, rumah sahabat anda atau kalau tak jumpa sangat, gunakan tandas awam pun boleh. (Tapi cari tandas awam yang bersih la, nanti konsentrasi terganggu dengan bau busuk pulak….
)
Selamat mencuba!
Sun 24 Dec 2006
Hari ini saya berehat sekejap. Selalunya saya buat program dan bercakap sepanjang hari. Tetapi hari ini, saya sendiri menjadi peserta untuk menambahkan pengetahuan saya dalam teknik berkomunikasi.
Eh… dah banyak kali buat presentation, banyak kali bercakap, kena belajar lagi ke….?
Sudah tentu! Ilmu takkan habis untuk dipelajari. Saya juga belum terlalu lama dalam bidang ‘training’ ini. Tambahan pula, saya akan pelajari teknik berkomunikasi daripada seseorang yang sangat berpengalaman, Abang Nizal sendiri.
Sebenarnya, lebih kurang 10 tahun lalu, saya pernah jumpa Abang Nizal ni. Masa tu, saya menjadi pelajar jemputan di program ‘Bijak Belajar’ di TV3. Tajuk yang dibincangkan ialah cabaran dan tekanan perasaan para pelajar di universiti.
Hari ini, saya ikuti program Nizal Talk yang akan mengajar peserta bagaimana cara menggunakan teknik berkomunikasi yang berkesan. Ini termasuk menggunakan teknik komunikasi efektif yang boleh meningkatkan keyakinan diri.
Insyaallah, saya akan kongsikan juga apa yang saya pelajari hari ini di dalam program ini bersama anda di dalam tips dan petua saya yang akan datang.
Sat 23 Dec 2006
Hmmm…. bercakap tentang tips untuk bercakap di khalayak ramai, saya sebenarnya baru balik dari Pulau Pinang semalam setelah 4 hari berada di sana. Ini adalah pengalaman pertama saya bermalam di pulau pinang (the island itself). Maknanya, bertambah la koleksi pengalaman saya sebab saya dah lakukan satu perkara lagi yang belum pernah saya lakukan.
Saya di Penang sebab ada program team building dengan TUDM daripada Kolej Tentera Udara Kedah. Hanya seorang sahaja fasilitator untuk program ini, iaitu saya.:) Hampir 30 peserta bersama-sama saya mendengar celoteh dan bergelak ketawa dengan saya sepanjang beberapa hari lepas.
Bersama peserta daripada TUDM ini, mereka juga ada nyatakan bahawa public speaking merupakan sesuatu yang sukar bagi mereka. Bayangkan, jika anda tidak pernah bercakap di khalayak ramai dan anda perlu bercakap di depan bos-bos anda di pejabat…. menakutkan bukan….?
Hmm…. untuk menulis tips tentang teknik mengurangkan rasa berdebar dan meningkatkan rasa keyakinan diri semasa bercakap di khalayak ramai, saya perlu berhati-hati sikit. BUkan apa, perlu saya susunkan tips-tips ini supaya ia boleh digunakan dengan baik. Tips bercakap dikhalayak ramai ini bukan sahaja untuk bercakap di depan orang ramai, tetapi bolehjuga anda gunakan untuk bercakap di depan seseorang yang penting, berpangkat, garang atau semasa anda cuba menjual sesuatu….
Tips pertama saya akan berikan pada hari Isnin ini memandangkan hujung minggu selalunya bukan masa yang sesuai untuk menggalakkan bacaan tips pembangunan diri……
Sebelum anda baca tips-tips tersebut, satu soalan daripada saya, setelah baca tips2 itu nanti, sanggupkah anda cuba dan sanggupkah anda berubah untuk menjadi seseorang yang boleh bercakap di khalayak ramai……?
Fri 22 Dec 2006
Public speaking adalah antara satu perkara yang paling menakutkan di dunia ini. Ada yang menganggap ia sama hebat seperti takut pada kematian. Benarkah?
Benar. Saya akui saya juga pernah rasakan ketakutan sebegitu. Bercakap di khalayak ramai lebih menakutkan daripada menduduki peperiksaan. Malah ia lebih menakutkan daripada berdepan dengan ular…!
Masalahnya, dalam hidup anda, anda pasti akan hadapi situasi di mana anda perlu bercakap di khalayak ramai. Jika anda hendak bercakap di depan 15 orang pun anda rasa terlalu takut, bagaimana jika anda terpaksa bercakap di depan 1500 orang nanti? Mungkinkah anda akan pengsan ketika itu?
Mudah saja untuk mengetahui mengapa perkara ini penting. Bercakap di khalayak ramai akan membuat anda hebat dalam satu perkara….. ia dinamakan teknik berkomunikasi….. jika anda sudah mendalami teknik untuk bercakap dikhalayak ramai, kemahiran berkomunikasi anda pasti akan bertambah.
Hasilnya, orang-orang disekeliling anda akan rasa selesa dan suka berada bersama anda. Mereka rasa anda mudah memahami mereka dan mereka mudah untuk memahami anda. Ini adalah satu kelebihan yang benar-benar boleh membantu anda nanti.
Jadi, perlahan-lahan, saya akan kongsikan tips-tips untuk bercakap di khalayak ramai……. di mana…. tips-tips ini akan membantu anda dalam meningkatkan keupayaan teknik anda berkomunikasi……….
Thu 21 Dec 2006
Sudahkah anda fikirkan apa maksudnya soalan saya semalam….?
Sebagai contoh, anda takut untuk bercakap dikhalayak ramai. Anda takut seolah-olah orang ramai akan makan anda jika anda mula bersuara. Jadi, orang ramai boleh takutkan anda……… persoalannya, bolehkah anda takutkan orang ramai itu….?
Mungkin anda kata boleh…. dengan berlagak macam orang gila atau anda bawa pistol semasa hendak berucap… tentu orang ramai akan takut……
bukan ini yang saya maksudkan…..
Anda boleh takutkan orang ramai dengan bercakap dengan hebat dan penuh keyakinan. Apabila anda bercakap begini, orang ramai bukan takut melihat anda, tapi takut untuk buat perkara lain kerana tidak mahu terlepas apa yang anda mahu katakan. Apabila ini berlaku, semua orang akan memberikan tumpuan sepenuhnya apabila anda bercakap.
Saya beri contoh bercakap di khalayak ramai kerana kebanyakan pelajar mahupun orang dewasa sangat takut jika mereka terpaksa bercakap di khalayak ramai. Selalunya, mereka akan rasa sangat takut walaupun hanya perlu bercakap di hadapan 10 atau 15 orang. Apa yang perlu anda lakukan untuk hilangkan rasa takut begini?
Ada caranya. Sebelum saya terangkan bagaimana caranya, saya perlu terangkan dulu mengapa pentingnya anda ada kebolehan untuk bercakap di khalayak ramai…….
— Next Page »