Program 1 hari Pecutan Akhir ini adalah sangat sesuai untuk pelajar yang bakal menduduki peperiksaan utama seperti UPSR, PMR dan SPM. Program ini biasanya dijalankan dalam 4 hingga 8 minggu sebelum peperiksaan apabila semua sukatan pelajaran telah dihabiskan. Program ini juga dikenali dengan nama

 

'Tenang Menjawab Soalan Peperiksaan.'


 

 

Terdapat 3 objektif utama yang telah disenaraikan sebagai penting dan perlu dicapai setelah tamat program. Di akhir program ini, peserta akan

Memahami kepentingan mempunyai minda dan hati yang tenang menjelang peperiksaan.

Menguasai beberapa teknik belajar pada saat akhir seperti teknik untuk mudah ingat apa yang dipelajari dan teknik menguruskan masa menjelang peperiksaan.

Mengenal pasti beberapa persediaan fizikal dan mental yang perlu dilakukan menjelang peperiksaan agar tekanan perasaan dapat diminimakan.

 


 

 


 


 



 

 
 

"Program yang sangat meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri setiap pelajar. Encik Osman Affan You are AWESOME! 8 hours feels like 8 minutes... ".~Nur Qhairiel Qayyim bt Shaharim~

 

"Program ini sangat bagus Encik Osman, saya dapat belajar pelbagai cara baru dalam aspek pembelajaran dan cara menghafal. Selepas mengikuti program ini, saya berasa sangat bersemangat dan yakin dapat memperbaiki keputusan yang cemerlang."~Mohd Fikhrie bin Zakaria~

 

"Best! Brilliant! Semangat saya telah datang pada saat akhir PMR! Saya telah mempunyai tips-tips akhir untuk belajar sebelum exam! Thank you so much! Harap akan jumpa pada masa akan datang."~NurQirana bt. Nordin~

 
 

"Mudah difahami dan menarik perhatian mendengar. Berguna pada masa sekarang dan masa hadapan. Program yg berkesan dan berguna."~Lim See Meng,UPM~

 

"Program yang penuh member INPUT yang sangat berguna bukan sahaja semasa di university malahan semasa di alam pekerjaan mahupun sudah berkeluarga. Saya kembali bersemangat dan penuh motivasi untuk menghadapi tahun 3 yang penuh mencabar di universiti." ~Syamsul Maarif, UPM~

 

"Program ini amat menarik perhatian saya. Selama ini saya tidak pernah menyertai program yang telah mengubah pemikiran saya tentang cara pembelajaran saya. Hari ini saya berpendapat bahawa saya telah mempelajari banyak cara belajar yang baru. Thank you Encik Osman."~Archana A/P Premkumar~

 

"Only one words to describe this programme… TERBAIK!! Ia amat TERATUR dan SENANG DIFAHAMI. Malah input yang dikeluarkan sangat memuaskan terutama oleh Encik Osman Affan. Last but not least, output yang saya dapat adalah 200%. Saya rasa lebih yakin dan bersemangat nak teruskan belajar.