Pernahkah anda rasa cara anda memasarkan perkhidmatan anda TIDAK BERKESAN?
 
Mahukah anda pelajari satu cara untuk meningkatkan pendapatan melalui perkhidmatan anda antara 3 hingga 10 kali ganda?

 

Menurut satu kajian, seorang pelanggan perlu melihat iklan anda sekurang-kurangnya 27 kali sebelum mereka sedar akan kehadiran anda dalam pasaran. Secara purata pula, seorang pelanggan melihat atau mendengar lebih 500 iklan yang terpampang melalui pelbagai media setiap hari. Ini menyukarkan tugas usahawan untuk menarik perhatian pelanggan kepada mereka.
 

 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Saya Osman Affan, Professional Trainer dalam bidang Kemahiran Belajar dan juga kursus-kursus keusahawanan dan pembangunan diri.

Perkhidmatan yang saya tawarkan adalah berbentuk program latihan, kursus, bengkel dan seminar. Sebelum ini, cara utama saya memasarkan perkhidmatan saya adalah melalui leaflet, surat rasmi, panggilan telefon, perjumpaan langsung, fax dan juga email. Jika anda pernah gunakan cara ini semua, tentu anda tahu betapa sukarnya tugas untuk memasarkan perkhidmatan.

Mengapa ia sukar bagi saya?

  • Pelanggan belum mengenali saya. Lebih buruk lagi, mereka tidak ada maklumat lengkap mengenai perkhidmatan saya.
  • Pelanggan tidak percaya dan ragu-ragu tentang kebolehan saya untuk menyampaikan program yang berkesan.
  • Maklumat yang saya boleh paparkan melalui bahan bercetak sangat terhad dan kosnya pula sangat tinggi. Jika terdapat sebarang perubahan, lebih banyak kos yang perlu saya libatkan.
  • Terlalu banyak persaingan. Ia sangat sukar bagi usahawan baru seperti saya.
 
Kemudian, saya mulakan laman web www.OsmanAffan.com

 

Saya berterima kasih kepada sahabat saya Dr. Irfan Khairi yang mencadangkan teknik pemasaran internet dan mencadangkan agar saya memulakan OsmanAffan.com. Sepanjang saya bekerjasama dengan beliau, telah banyak maklumat, petua dan tips pemasaran internet yang sangat berguna saya pelajari.

Dengan menggunakan kesemua tips dan petua itu, hasilnya:

  • Saya dihubungi oleh bakal pelanggan saya hampir setiap hari.
  • Saya dihubungi oleh pelanggan yang pernah menolak perkhidmatan yang saya tawarkan!
  • Saya dilihat sebagai pakar dalam bidang saya dan yuran perkhidmatan yang ditawarkan juga mula diberikan setimpal dengan kepakaran ini.
  • Pendapatan saya benar-benar meningkat!

Satu perkara yang paling hebat bagi saya apabila menggunakan internet dan laman web sebagai alat pemasaran ialah bakal pelanggan saya lebih mudah percaya dan yakin dengan perkhidmatan saya walaupun mereka belum gunakan perkhidmatan saya lagi. Ini memudahkan saya untuk mendapatkan pelanggan baru.

 

Biar saya kongsikan 3 sebab mengapa laman web boleh membantu.


 

Sebab #1 : Menggunakan laman web, saya boleh kelihatan sebagai seorang pakar.

Pelanggan akan memilih untuk membeli daripada seorang pakar. Walau apa pun perkhidmatan anda, anda boleh tonjolkan kepakaran anda. Apabila anda dilihat sebagai seorang pakar dalam bidang perkhidmatan anda, anda akan lebih mudah dipilih berbanding pesaing anda.

 

 

Sebab #2 : Menggunakan laman web, saya boleh berikan lebih banyak maklumat dalam bentuk yang lebih menarik.

Bayangkan berapa banyak maklumat yang anda boleh berikan dalam 2 hingga 4 muka surat? Bayangkan juga menarikkah bahan bercetak anda terutamanya jika anda terpaksa hantar melalui faks? Laman web memberi anda peluang untuk memberikan sebanyak mungkin maklumat tentang perkhidmatan anda. Semakin banyak maklumat yang anda berikan, pelanggan akan rasa semakin tertarik kepada perkhidmatan anda.

 

Sebab #3 : Menggunakan laman web, saya lebih mudah dihubungi oleh pelanggan saya.

Berapa ramai pelanggan anda yang benar-benar menyimpan kad perniagaan atau leaflet perkhidmatan anda? Mudahkah untuk mereka mencari cara untuk menghubungi anda? Di internet, laman web anda boleh dicari melalui enjin pencari. Tambahan lagi, jika anda gunakan teknik yang betul, nama laman web anda akan mudah diingati. Jadi, anda mudah dihubungi.

 
Baiklah. Jika anda sudah yakin bahawa internet boleh membantu perkhidmatan anda, apa yang perlu anda lakukan? Di mana harus anda bermula?

 

Ada satu berita baik untuk anda!

Saya telah berjaya menulis teknik dan panduan asas untuk anda jualkan perkhidmatan anda di internet melalui buku 'Menjual Perkhidmatan Di Internet' ini.

  • Buku ini adalah panduan asas bagaimana anda harus bermula.
  • Ia ditulis dengan bahasa yang mudah untuk anda fahami.
  • Buku ini menerangkan bagaimana anda boleh menjual perkhidmatan anda di internet melalui hanya 3 langkah mudah sahaja.
  • Ia sesuai untuk anda yang tidak mempunyai latar belakang IT.
 
Siapa yang perlu baca buku ini?
 

Buku ini amat sesuai untuk anda yang mempunyai perniagaan dalam bentuk perkhidmatan. Jika anda seorang tukang paip, peguam, doktor, tukang urut, Juru bahasa, kartunis, perunding kecantikan, perunding motivasi, pengusaha salun kecantikan dan bermacam-macam lagi jenis perkhidmatan yang ada di Malaysia ini, anda akan mendapat manfaat dengan membaca buku ini.


Apa kata mereka tentang buku ini?
 

"Buku ini menunjukkan betapa pentingnya usahawan menjual perkhidmatan mereka di internet. Bukan sahaja usahawan boleh meningkatkan daya saing, malah mereka boleh gandakan pendapatan mereka di internet."

 

Mohd Farid Awang

Pengurus Bahagian Perkembangan Enterprise & Keusahawanan, SMIDEC

 


 

"Buku ini mudah, padat dan praktikal! Sangat sesuai untuk sesiapa yang mahu memasarkan perkhidmatan di internet. Ini adalah buku yang saya nantikan pada tahun ini. Dan apabila membacanya, ia sungguh menepati jangkaan saya! "

 

Fadzli Yusof

Penulis buku bestseller '55 Petua Orang Berjaya', PDA & Siri buku 'Resipi Kejayaan'.


 

 

 

".......Boleh dikatakan, buku tersebut penuh dengan panduan pemasaran Internet yang mengajar kita bagaimana untuk menarik minat manusia agar membeli produk atau perkhidmatan yang kita jual atau promosikan di laman web."

"....Kekuatan penulis adalah kepakarannya dalam ilmu psikologi manusia (motivasi) dan pengalamannya dalam bidang pengajaran. Dengan itu tidak hairanlah, para pesertanya dalam mana-mana seminar, ceramah atau bengkel tidak mengantuk atau bosan. Malah, apa yang ditulis oleh beliau kebanyakannya adalah berdasarkan kepada pengalamannya sendiri."

 

SmartZul

Usahawan Internet Malaysia

Untuk membaca ulasan penuh SmartZul mengenai buku ini, KLIK disini.

 


 

 

 

 

".......Gaya bahasa & penyampaian ayat dalam buku ini memang “marvellous “, setelah membaca 2 mukasurat yang pertama.. saya sudah tidak boleh berhenti.. saya berasa teruja untuk terus membacanya dari satu mukasurat ke satu mukasurat yang berikutnya.. saya tidak tahu mengapa, tetapi ayat-ayat serta gaya bahasanya memang memukau saya untuk terus membaca dan membaca.. dan tanpa disedari..saya telah berjaya menghabiskan buku ini dalam masa 4 jam. (9 mlm - 1 pagi) ."

"....Jika anda belum mendapatkan buku ini, saya rasa anda perlu dapatkan buku ini segera. Bagi saya, ia setanding dengan buku “Rahsia-Rahsia Jutawan Internet Terbongkar” Dr. IrfanKhairi dan juga buku “Rahsia Buat Duit Dengan Internet” Saifulsham."

 

Shuth

Usahawan Internet Malaysia

Untuk membaca ulasan penuh Shuth mengenai buku ini, KLIK disini.

 


Buku ini diterbitkan oleh True Wealth Sdn. Bhd. milik Azizi Ali, penerbit sama yang menerbitkan buku-buku bestseller seperti Jutawan dari planet Jupiter, Jutawan Hartanah & Rahsia Jutawan-jutawan Internet terbongkar.

 

Harga buku ini di pasaran ialah RM29.90. Jika anda memesan buku ini melalui laman web ini, kos penghantaran buku ini ke rumah anda adalah PERCUMA! Jadi anda tidak perlu bersusah-payah ke kedai buku untuk mendapatkannya.

 

 

Bayaran RM29.90 boleh dilakukan menggunakan:

Bank-in

Cek

Wang Pos / Kiriman Wang

 

 

 


Bank-in

Berikut adalah maklumat yang diperlukan.

Bank: Maybank Berhad

Nombor Akaun : 1530-1099-7192

Nama: Roslida Aima Bt Muda

Jumlah bank-in: RM29.90

Selepas membuat bayaran, sila emailkan kepada kami bank-in slip anda bersama maklumat berikut:

  • Nama anda
  • Alamat surat menyurat
  • Alamat E-Mail anda
  • Nombor telefon: Rumah dan Telefon bimbit

Hantarkan email kepada kami di info@OsmanAffan.com



Cek

Pembayaran cek RM29.90 dibuat kepada: Roslida Aima Bt Muda

Hantarkan cek tersebut ke:

Roslida Aima Bt Muda
No 6-1, First Floor
Jalan AU 1A/4C
Taman Keramat Permai
54200 Kuala Lumpur
Malaysia


Sila turut sertakan maklumat berikut di belakang cek:

  • Nama anda
  • Alamat surat menyurat
  • Alamat E-Mail anda
  • Nombor telefon: Rumah dan Telefon bimbit

Kami akan menghubungi anda sejurus selepas cek anda diluluskan.


Wang Pos/Kiriman Wang

Sila lakukan pembayaran Wang Pos/Kiriman Wang RM29.90 tersebut di bawah: Roslida Aima Bt Muda

Dan hantarkan kepada:

Roslida Aima Bt Muda
No 6-1, First Floor
Jalan AU 1A/4C
Taman Keramat Permai
54200 Kuala Lumpur
Malaysia


Sila turut sertakan maklumat berikut:

  • Nama anda
  • Alamat surat menyurat
  • Alamat E-Mail anda
  • Nombor telefon: Rumah dan Telefon bimbit

Kami akan menghubungi anda sejurus selepas kami menerima Wang Pos anda.

Sebarang pertanyaan mengenai pembayaran sahaja,
sila email: info@OsmanAffan.com

 


 

 

Ulasan Usahawan-usahawan Internet mengenai buku 'Menjual Perkhidmatan Di Internet'.


 

Buku Panduan Lengkap

Bagaimana cara menjual atau mempromosikan perkhidmatan yang anda lakukan secara offline di Internet?

Satu berita baik untuk anda yang mempunyai perkhidmatan offline seperti klinik, mekanik, tukang paip, restoran, perkhidmatan kereta sewa, tukang cat dan sebagainya, kini sudah terbit sebuah buku yang memberi panduan bagaimana menjual perkhidmatan offline itu menggunakan Internet (laman web).

Tajuk buku tersebut adalah “Menjual Perkhidmatan di Internet” yang ditulis oleh sahabat Ebiz saya, saudara Osman Affan iaitu sahabat rapat kepada Dr. Irfan Khairi.

Saya yakin anda kenal beliau yang mana beliau adalah seorang yang pakar dalam bidang motivasi dan kemahiran belajar, mempunyai banyak pengalaman dalam pelbagai jenis program seperti dijemput memberikan ceramah atau menjalankan program yang berkaitan. Pendek kata, kepakarannya adalah dalam Profesional Training. Beliau juga mempunyai program khusus untuk perniagaan Internet iaitu Bengkel 3 dalam 1 yang diadakan bersama dengan Dr. Irfan Khairi.

Formula Utama

Osman Affan seorang yang bijak dalam penulisannya, amat praktikal, tidak mudah terkeluar daripada topik perbincangan utama. Kekuatan beliau adalah pada ilmu kemahiran belajar dan sebab itulah tidak dapat dinafikan penulisan buku itu tidak terkeluar daripada topik yang dibincangkan.

Boleh dikatakan, buku tersebut penuh dengan panduan pemasaran Internet yang mengajar kita bagaimana untuk menarik minat manusia agar membeli produk atau perkhidmatan yang kita jual atau promosikan di laman web.

Secara mudah, beliau menggariskan satu formula yang amat mudah di dalam mendapatkan pelanggan bagi perkhidmatan Offline yang kita berikan. Bukan setakat menyatakannya, penulis menerangkan satu-persatu setiap aspek yang terkandung dalam formula tersebut dan memecahkannya lagi kepada aspek yang lebih khusus. Hasilnya, anda akan faham apakah yang perlu anda lakukan sama ada pada laman web anda agar pembeli yakin untuk menggunakan perkhidmatan anda.

Setelah saya membaca buku itu, maka saya dapati, ia mudah difahami dan kita terus tahu apa yang perlu dilakukan untuk mendapat hasil yang maksimum di dalam memasarkan perkhidmatan di Internet.

Ingin saya tekankan, formula tersebut AMAT SIMPLE, bukan sebuah formula yang terdiri daripada berpuluh-puluh ciri yang kita dengar dan tahu selama ini. Biar saya jadikan formula itu dengan cara berikut:

I_ _ _ _ –> P_ _ _ _ _ _ –> H_ _ _ _ _ _ –> Beli

Apakah I, P dan H itu yang membuatkan pelawat laman web mahu ‘membeli’ perkhidmatan yang ditawarkan? Kesemua I, P dan H itu adalah berkait di antara satu sama lain dan merupakan aspek penting agar perkhidmatan anda ‘dibeli’. Anda akan tahu setelah memiliki buku tersebut.

Tiga Langkah Mudah Sahaja

Sebenarnya, buku tersebut hanya mengandungi tiga langkah sahaja, tetapi setiap langkah mengandungi perbincangan detail tersendiri. Langkah 1 adalah Membina Kepercayaan, Langkah 2 Bina Laman Web dan Langkah 3 Menarik Trafik. Saya amat sukakan tip dan panduan yang diberikan di Langkah 1 kerana banyak perkara penting yang menjadi asas sebelum meneruskan langkah yang lain.

Saya yakin, jika anda membaca tajuk langkah 1 itu anda mengandaikan anda sudah tahu. Awas, belum baca belum tahu. Penulis memberikan 7 tip hebat bagaimana kita boleh meyakinkan bakal pelanggan. Caranya bukan sahaja dari aspek teknikal, malah dari aspek psikologi manusia itu sendiri. Minda bakal pelanggan yang tertutup, kita boleh membukanya dengan teknik yang mudah agar menjadi pembeli perkhidmatan kita.

Tarik Trafik

Di dalam buku ini, anda akan diberikan beberapa cara untuk menarik trafik (pelawat) ke laman web. Tanpa pelawat laman web, bermaksud tiadalah bakal pelanggan. Formula dan tip yang diberikan di awal buku pula tidak berguna jika anda tidak berusaha mendapatkan pelawat ke laman web.

Dengan teknik-teknik tarik trafik yang mudah dan efektif, laman web perniagaan perkhidmatan anda akan mempunyai pelawat yang ramai atau dapat dijumpai oleh bakal pelanggan yang mencari.

Akhir Kata…

Kekuatan penulis adalah kepakarannya dalam ilmu psikologi manusia (motivasi) dan pengalamannya dalam bidang pengajaran. Dengan itu tidak hairanlah, para pesertanya dalam mana-mana seminar, ceramah atau bengkel tidak mengantuk atau bosan. Malah, apa yang ditulis oleh beliau kebanyakannya adalah berdasarkan kepada pengalamannya sendiri.

Anda akan setuju dengan kata-kata saya itu jika anda pernah menyertai mana-mana programnya. Cuba baca testimoni di sini, ramai yang memberikan respon positif mengenai kepakaran penyampaiannya. Kat situ ada terselit sorang budak bernama SmartZul, hehe. Walhasilnya, buku tulisan beliau mudah difahami dan seronok untuk dibaca. Dari awal bab sampai akhir, pembaca akan faham apakah yang perlu dibuat satu demi satu dan tidak akan bercelaru.

Secara mudah saya katakan, buku “Menjual Perkhidmatan di Internet” adalah sebuah buku yang penuh dengan tip dan panduan yang lengkap. Ia sesuai untuk mereka yang ada perkhidmatan Offline dan mahu memasarkannya di Internet. Malah, ia juga sesuai kepada webmaster yang membina laman web untuk perniagaan Offline sebagai rujukan bagaimana menghasilkan laman web yang berkesan untuk biz Offline.

Saya tamatkan tulisan ini dengan kata-kata saudara Osman kepada saya mengenai impak penggunaan laman web untuk perniagaan/perkhidmatan offline:

“Buku tu memang untuk pembaca yang belum ada basic dan tidak tahu bagaimana hendak bermula. Lebih khusus kepada sesiapa yang mahu menawarkan perkhidmatan di Internet. Seperti saya sendiri, sebelum saya gunakan Internet sebagai alat pemasaran, sukar untuk mendapat pelanggan. Setelah ada OsmanAffan.com, terlalu besar perubahan baik yang saya nikmati”. - Osman Affan.

Bagi sesiapa yang ada biz offline, RUGI jika anda tidak ada laman web atau menggunakan Internet sebagai medium pemasaran…

Maklumat Tambahan Buku:

Penerbit: TrueWealth Publishing
Harga: RM29.90
*Sudah ada di kedai-kedai buku

SmartZul
Dipetik dari ulasan SmartZul di http://blog.smartusaha.com/lesen-memandu-kereta-johor/2007/07/bagaimana-menjual-perkhidmatan-di-internet/

 

Semalam saya telah membaca sebuah buku tulisan saudara Osman Affan yang berjudul “Menjual Perkhidmatan Anda di Internet” terbitan Truewealth Publishing. Setelah tamat membacanya, apa yang saya boleh katakan.. buku ini memang wow! wow! (2 kali wow)

Wow 1 : Gaya bahasa & penyampaian ayat dalam buku ini memang “marvellous “, setelah membaca 2 mukasurat yang pertama.. saya sudah tidak boleh berhenti.. saya berasa teruja untuk terus membacanya dari satu mukasurat ke satu mukasurat yang berikutnya.. saya tidak tahu mengapa, tetapi ayat-ayat serta gaya bahasanya memang memukau saya untuk terus membaca dan membaca.. dan tanpa disedari..saya telah berjaya menghabiskan buku ini dalam masa 4 jam. (9 mlm - 1 pagi) . Mungkin ini disebabkan bakat osman di dalam menyampaikan sesuatu ilmu, jika dulu sewaktu di seminar 3-dalam-1 , saya dapat melihat gaya penyampaian yang hebat.. di dalam bukunya pula…. saya dapati ianya lebih hebat lagi. Syabas saya ucapkan kepada saudara osman.. nampaknya saya kena berguru dengan saudara osman lah pula selepas ini di dalam bab-bab penulisan buku.

Wow 2 : Ilmu serta kandungan buku ini memang begitu membuka minda saya. Memang banyak betul info yang “power-mower” yang dihimpunkan dalam buku ini. Membaca buku ini terasa seperti menghadiri seminar 3-dalam-1 sekali lagi… “information overload ” membanjiri kepala saya.

  • 3 Langkah menjual perkhidmatan di internet
  • 7 Tips membina & meningkatkan  kepercayaan terhadap laman web anda
  • 4 Teknik mempromosikan laman web
  • 7 tips mentaliti usahawan internet

Pada mulanya.. saya menyangkakan ianya hanyalah tips-tips yang biasa sahaja. Tapi, sangkaan saya tersasar.. tips-tips yang diberikan memang hebat. Anda tidak percaya? anda boleh baca sendiri…

Jika dilihat pada tajuk buku ini, ia lebih fokus kepada menjual “perkhidmatan”.. tetapi apa yang saya dapat lihat.. tips2 yang diberikan juga sebenarnya , amat sesuai digunakan bagi mereka yang menjual “produk” di internet.

Jika anda belum mendapatkan buku ini, saya rasa anda perlu dapatkan buku ini segera. Bagi saya, ia setanding dengan buku “Rahsia-Rahsia Jutawan Internet Terbongkar” Dr. IrfanKhairi dan juga buku “Rahsia Buat Duit Dengan Internet” Saifulsham. Harganya pun.. hanya RM29.90 sahaja.. untuk belian lebih pantas! Anda boleh dapatkannya di website ini.

Menjual Perkhidmatan di Internet oleh Osman Affan

168 mukasurat . RM29.90

Buku ini menerangkan teknik-teknik untuk menjual perkhidmatan anda di internet dengan hanya 3 langkah mudah. Jika anda tidak mempunyai latar belakang dalam bidang IT, buku ini sangat sesuai untuk anda pelajari tentang perniagaan melalui internet.

Dapatan segera Ok!…. Yosh!

 

 

 

Shuth
Dipetik daripada ulasan Shuth di http://www.mohdsuhaimy.com/2007/07/18/menjual-perkhidmatan-anda-di-internet/

 


 

© All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com